Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Wednesday 7 March 2012

Kitab Wishah Afrah

Kitab karangan Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al Patani. Kitab yang membicarakan rukun Iman dan rukun Islam dan beberapa hadis yang menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang dan segala hukum bersuci dan istijak dan mengambil wuduk dan mandi wajib dan mandi haid dan nifas dan segala mandi yang sunat dan hukum tayamum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah dan menghilangkan najis dan menyatakan segala syarat sah sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jamak dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya  (sinopsisnya) dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayit dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi SAW dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan berberapa faedah yang amat besar kelebihannya.

Harga RM3.50

No comments:

Post a Comment