Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Monday, 5 March 2012

Kitab Dakaikul Ahbar

Harga RM2.20


Bermula bab yang ke l5 pada menyatakan keluar roh dari badan. Dan tesebut didalam hadis, apabila jatuh seseorang hamba Allah didalam naza' dihabiskan lidahnya dan masuk atasnya empat daripada malaikat maka berkata yang pertama " assalamualaikum, aku yang diwakilkan dengan rezeki engkau, aku tuntut pada bumi di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada dapat aku daripada rezeki engkau walau satu suap.


Kemudian masuk malaikat yang kedua maka berkata ia "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan minum engkau dripada air dan lainnya, telah aku cari akan dia di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada aku dapat bagi engkau suatu minuman, telah hamper sangat matinya"


Kemudian masuk malaikat ke tiga  berkata ia "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan nafas  engkau, telah aku tuntut akan dia di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada aku dapat suatu nafas daripada nafas engkau"


Kemudian masuk malaikat yang keempat maka berkata ia "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan ajal engkau,  telah aku tuntut akan dia di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada aku dapat bagi engkau satu jam pun"


Kemudian masuk atasnya malaikat Kiramul Katibin daripada kanan dan kirinya maka berkata yang sebelah kanan, "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan hasanat engkau, maka mengeluarkan satu surat yang putih melintang akandia atasnya maka berkata ia " lihat oleh mu kepada segala amal mu" maka tak kala demikian itu suka lah ia.


Dan berkata yang sebelah kiri, "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan atas kejahatan engkau, maka dikeluarkan satu surat yang hitam melintang akandia atasnya maka berkata ia " lihat oleh mu kepadanya" maka tak kala itu mengalir peluhnya.


Kemudian melihat dia kanan dan kiri kerana takut daripada membaca akan surat itu, maka malaikat itu memegang dan melemparan kebantal. Kemudian masuk mailkul maut dan daripada kananya malaikat rahmat dan dikirinya malaikat azab. Maka setengah mereka itu menarik roh itu sebagai tarikan, dan setengah mereka itu mencabut roh itu sebagai cabutan, dan setengah mereka itu membuka dan menghurai roh itu sebagai bukaan dan huraian, maka apabila sampai ke halkum mengambil mailkulmaut akan roh itu. Jika ia termasuk golongan orang bahagia malaikat rahmat memanggilnya, dan jika golongan celaka dipanggil malaikat azab    

No comments:

Post a Comment