Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Thursday 8 March 2012

Kitab Risalah Tauhid


Harga RM3.10 (Jawi) RM10 (rumi)
Keterangan Buku :
Semua Rasul diturunkan Allah S.W.T untuk membawa agama tauhid, yakni membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia agar mengetahui dirinya dan Tuhannya.
Tauhid yang disusun dan digubal oleh ulama Ahlul-sunnah seperti lmran Hasan al-Asy'ari dan Imam Maturidi telah lama diikuti oleh umat Islam di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Bertolak dari sini, adalah sangat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang Tauhid Ahlul-Sunnah menerusi dalil-dalil Aqli dan NaqIi (Al-Quran & AI-Sunnah). Buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami Tauhid menerusi peranan akal, kewujudan alam dan sifat-sifat Allah S.W.T samada yang Wajib, Mustahil dan Jaiz.
Justeru itu, bagi menguatkan lagi akidah sehingga mampu menolak fahaman-fahaman tauhid yang sesat dan menyesatkan, para pembaca dinasihatkan menghayati teori dan methodologi tauhid menerusi fahaman Ahlul-Sunnah; di antaranya dengan membaca buku ini.

1 comment:

  1. Tuan,
    Saya nak beli kitab ini (rumi dan jawi) bersama dgn kita Kitab Matlail Badrin

    ReplyDelete