Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Thursday 18 December 2014

Kitab Asy-Syamaail Al-Muhammadiyah

Kitab ini dikarang oleh Imam At-Tirmizi. Beliau adalah salah seorang Ashhab As-Sunan. Keseluruhan kitab ini menyentuh keperibadian Rasulullah SAW dan hal-hal yang berkaitan dengan diri beliau.

Mempelajari Kitab ini membawa kita kepada mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat lagidan seterusnya dapat menghayati, meneladani cara hidup beliau dan seterusnya menyayangi beliau sebagai manusia yang... paling agung yang dijadikan contoh dan teladan untuk semua umat manusia.

Kitab Asy-Syamaail Al-Muhammadiyah yang saya terjemahkan ini adalah kitab Asy-Syamaail Al-Muhammadiyah yang ditahkik dan dita'alikkan oleh Abu Hafash Sayed 'Umraan. Banyak pihak memuji kitab ini kerana kandungannya mengandungi Hadis-hadis yang ditapis sebegitu rupa oleh Imam At-Tirmizi, yang kebetulannya beliau juga seorang yang pakar dalam ilmu 'jarah dan ta'adil

Kandungan Kitab Ini Menyentuh:

1. Raut wajah dan rupa bentuk tubuh badan Nabi SAW dari hujung rambut ke hujung kakinya

2. Perilaku dan tabiat seharian beliau, baik dari segi pengurusan diri, gerak-gerinya, berpakaian dan makan minumnya siang dan malam

3. Amal ibadah yang wajib dan yang sunatnya

4. Hubungan dengan ahlinya, para sahabat karibnya, orang ramai dan lain-lain

5. Kewafatannya

Kitab ini patut dimiliki oleh setiap keluarga, para pelajar sekolah pondok dan sekolah menengah. Dengan kerap membacanya dapat mendekatkan hati kita kepada Rasulullah SAW dan menjadi banteng bagi mempertahankan dan mengukuhkan akidah kita sebagai ahli sunah wal jamaah, serta menjadi pedoman bagi melayari bahtera hidup yang semakin kuat dilambung ombak, badai dan gelora karenah akhir zaman

Harga RM26.00

Betapa Mudahnya Wanita Terjerumus Ke Neraka



Wednesday 17 December 2014

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Kisah dan Kehidupan

Keterangan Buku :

Semangat dan azam kuat ternyata manipu mengalahkan segala-galanya, kekuatan sehebat apa jua sekali pun apabila berhadapan dengan azam, niat dan semangat kuat pasti akan terpatahkan. Kekentalan semangat seumpama inilah yang dimiliki oleh seorang tokoh sufi agung, pada abad keenam Hijrah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Beliau mampu merubah wajah dunia yang ketika itu hampir tenggelam dipedaya dan dibuai oleh sifat tamak terhadap dunia dan mengalami kehancuran moral yang melalida masyarakat Baghdad, ibu kota pemerintahan Islam pada masa itu. Apa tidaknya, beliau yang ketika itu masih lagi berusia 18 tahun sudi meninggalkan kampung halamannya, Jailani menuju Baghdad hanya untuk menuntut ilmu. Dengan berbekalkan wang sebesar 40 dinar, ibunya reda berpisah dengan anaknya itu yang mungkin ini adalah perpisahan untuk selama-lamanya.

Bersifat jujur dan berkeperibadian mulia satu lagi sifat yang menjadikan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menjadi tokoh sufi agung pada zamannya. Dengan sifat ini, beliau mampu membuat segerombolan perompak dan lanun yang amat digeruni ketika itu bertaubat dan meninggalkan perbuatan keji mereka. Ternyata untuk menjadi orang besar seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani seperti yang akan dipaparkan dengan terperitici dalam buku tidak perlukan modal kewangan yang besar. Semangat kuat dan keperibadian mulia sudah memadai untuk menjadikan dunia tunduk dan hormat kepadanya. Namun, sejauh mana kita mampu mentarbiah jiwa kita untuk memiliki sifat-sifat mulia seperti yang ada dalam jiwa Syeikh Abdul Qadir al-Jailani?

Buku ini tentu sangat berbeza dengan buku-buku lain yang sama sebelum ini. Kajian mengenai ketokohan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani di sini dikupas dengan gaya bahasa yang mudah difahami, sistematik dan ilmiah. Antara keistimewaan buku ini adalah:
1. Mengukap rahsia keperibadian Syeik Abdul Qadir al-Jailani hingga menjadi tokoh sufi agung dan pemburu paling disegani hingga kini.
2. Mengkaji sejarah kelahiran ilmu tasawwuf atau lebih dikenali dengan ilmu penyucian jiwa, sejauh mana kepentingannya terhadap masyarakat serta sumbangan terhadap Islam.
3. Membalas ilmu tasawwuf menurut perspektif Syeikh Abdul al-Qadir al-Jailani dan prinsip-prinsip Tarekat al-Qadiriah hingga menjadikannya tarekat paling berpengaruh hingga kini.

HARGA RM15

Kitab Tazkirah Auliya

Buku ini adalah terjemahan dari buku berjudul Tazkirah Auliya dalam bahasa Farsi karangan Syeikh Fariduddin 'Attar seorang penyair dan sufi agung Iran. Terjemahan dalam bahasa melayu ini penulis usahakan berdasarkan edisi bahasa inggerisnya yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Asyraf, Kashmir Bazar, Lahore Pakistan.

Ia mengandungi kata2 dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan 62 orang sufi yang masyhur namanya. Orang2 ini adalah orang2 yang mendampingi diri mereka dengan Tuhan dan mereka memandang tuhan sahaja dan tidak kepada yang lain, yakni mereka mementingkan Allah dari yang lain.

Teruskan membaca buku ini untuk mengetahui pandangan mereka dan sikap mereka itu terhadap hidup dan lain2 lagi.

Akhirnya, terpulanglah kepada pembaca untuk menilai dan seterusnya mengambil iktibar dari pendapat2 orang2 sufi yang dianggap sebagai aulia Allah ini...

Harga RM16

Sunday 15 June 2014

Kitab Wadah Minuman Suci Orang Sufi

Kitab ini merupakan kitab terjemahan dari kitab edisi jawi lama yang berjudul Al-Manhal al-Sofi Fi Bayani Rumuzi Ahli al-Sufi adalah hasil karya Syeikh Daud Al-Fatoni.


Persoalan yang dikemukakan dalam kitab ini adalah merupakan persoalan rahsia2 agama yang jarang sekali dibentangkan secara terbuka. Adalah diharapkan para pembaca bertanya kepada ahli-nya bila terdapat perkara yang sukar untuk memahaminya.



Sesetengah ulama' yang bergerak menuju kepada Allah Taala adalah umpama orang yang ingin bermusafir memutuskan setiap marhabah (perhentiannya).Jadi, tak dapat tidak orang yang bermusafir dalam sepanjang perjalanannya itu adalah orang yang mu'alim (guru/sifu) yang tahu selok belok tentang jalan yang dilaluinya itu juga memerlukan bekalan, kenderaan, teman/ sahabat dan alat senjata untuk menghadapi dan menentang musuhnya agar dapat menakutkannya.

Demikian jugalah bagi orang yang salik, tak dapat tidak perlu kepada Syeikhnya (Mursyid) untuk menjalankannya (memandunya), yang 'Arif dan tahu tentang perjalanan Tharekatnya yang sudah pun dijalaninya (dilaluinya).Malahan, beliau mengetahui yang baik dan jahatnya, dan tak dapat tidak perlu juga kepada bekalan, iaitu Taqwa Allah dan memerlukan kenderaannya, iaitu Himmah (semangat kemahuan yang keras)



Harga RM7.90

Kitab Al Qaulu Tam Fi Ahkam Al Makmum Wal Imam (Hukum Makmum & Imam) Terjemahan

Kitab Qaulu Tam Fi Ah Kamil Makmum wal Imam a'la Mazhab Imam Syafie r.a karangan Ibnul I'mad bin Yusuf Al-Masri ini merupakan sebuah kitab Feqah yang terkenal pada zaman silam. Diterjemah oleh Dato' Syeikh Hj. Zakaria Bin Hj. Ahmad Wan Besar (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah) yang menfokuskan hampir keseluruhan peraturan-peraturan menjadi imam dan makmum dan permasalahan-permasalahan berkaitan muwafiq dan masbuq. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu buku teks di dalam kelas ta'mir di masjid-masjid dan surau-surau. Kupasan yang dipersembahkan oleh pengarang bersifat komprehensif, padat dan mudah difahami. Sesiapa sahaja yang ingin mendalami pengetahuan agama disarankan agar memiliki buku ini. Huraian yang disajikan dilihat amat sesuai dibaca oleh seluruh umat Islam.



Isi Kandungan:
Bahagian Pertama
masalah2 hukum bagi makmum dan imam
Bahagian Kedua
masalah-masalah penting bagi makmum dan imam

- Penerbit

"Kadang-kadang wajib bagi makmum mendahului imam iaitu seperti masalah apabila imam duduk bukan pada tempatnya seperti ia duduk pada rakaat yang pertama atau rakaat yang ketiga (kerana membaca tahiyyat awal) maka wajiblah makmum mendahuluinya iaitu terus berdiri dan menunggu imam dalam keadaan berdiri dan jika ia duduk serta imam nescaya batallah sembahyangnya dan disunatkan bagi makmum bahawa bertasbih (membaca tasbih) untuk menyedarkan imam supaya ia qiyam (berdiri)".



Harga = RM15.00 
    




Wednesday 9 April 2014

Kitab Ta’lim al Aulad

Kitab ini mengandungi didalamnya beberapa  iktibar pada pengajaran dan penyakit nafsu daripada karut dan mengerakkan yang lalai-lalai kepada beramal ibadah dengan serta menyerta

Harga RM2.50

Tuesday 8 April 2014

Kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah




Penulis: Haji Said Haji Ibrahim
Terbitan Darul Ma'rifah
Harga: RM30.00 (Jawi)

Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaaan sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah masalah uluhiyah, rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lainnya. Kitab ini disusun dengan keterangan dan huraian dari dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith dan juga disertakan perbincangan dan kesimpulan untuk memudahkan para pembaca dan pengguna kitab ini memahami intisari isi kandungannya secara berkesan. 

Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalah-masalah aqidah untuk  -aqidah yang bercanggah dengan "Aqidah Ahli Sunnah Waljama`ah". Misalnya aqidah Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah dan lain-lain. Oleh itu, kitab ini adalah sangat sesuai dibaca dan dipelajari di kelas-kelas pengajian ta'mir masjid dan surau untuk di jadikan kitab bacaan dan pelajaran dalam ilmu tauhid dan aqidah. Kitab ini juga sangat memberi faedah dan manfaat kepada orang-orang mu'min seluruhnya, khususnya kepada para pengajar dan pelajar mempelajari ilmu tauhid dan aqidah.