Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Wednesday 2 December 2015

Kitab Furu' Masailk

Harga RM44 (2 Jilid)

Kitab Furu’ al-Masail (فروع المسائل) atau judul penuhnya Furu’ al-Masail wa Ushul al-Wasail (فروع المسائل وأصول الوسائل) merupakan sebuah karya seorang tokoh ulama terkenal dari ‘Alam Melayu, iaitual-‘Allamah al-Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani (1265H). Beliau merupakan seorang ulama Nusantara dari Wilayah Patani yang terkenal dengan banyak karya tulisnya dalam berbagai bidang ilmu agama. Kitab Furu’ al-Masail ini begitu terkenal di kalangan ulama dan penuntut ilmu, khususnya dalam bidang fiqh mazhab Syafi’i di Nusantara. Ia menjadi kitab rujukan dan teks pembelajaran di masjid-masjid dan pondok-pondok.

Kitab I'tanah Thalibin

I’anah Ath-Thalibin
Harga RM 78 (4 Jilid)

Kitab karya Sayyid Abu Bakar Muhammad Syatha ad-Dimyathi, ini adalah salah satu kitab yang menjadi rujukan primer bagi pengikut madzhab Syafi’i di nusantara.

Abu Bakar Muhammad Syatha adalah salah satu ulama besar bermazhab Syafi’i yang hidup pada akhir abad ke-13 H dan permulaan abad ke-14 H. Latar belakang penulisan kitab ini seperti dituturkan pengarang da^lam muqaddimah kitab ini berawal ketika beliau menjadi pengajar kitab syarah Fath al-Mu’in di Masjidil Haram.

Selama mengajar itulah beliau menulis catatan pinggir untuk mengurai kedalaman makna kitab Fathul mu’in yang penting diingat dan perlu diketahui sebagai pendekatan dalam memahami. Lalu, sesuai penuturan beliau, beberapa sahabat beliau memintanya untuk mengumpulkan catatan itu dan melengkapinya untuk kemudian dijadikan satu kitab (hasyiyah) yang pada akhirnya bisa lebih bermanfaat untuk kalangan yang lebih luas.

Tuesday 29 September 2015

Kitab Ana Al-Haq

Ana Al-Haq

Harga rm12
wasap ke 0132372864

Buku ini yang diterjemahkan daripada buku yang berjudul The Secret of Ana'l-Haqq mengandungi 300 Irsyadat (kata-kata) Syeikh Muhammad Ibrahim Gazur-i-IIahi. Irsyadat tersebut sukar difahami sekiranya seseorang itu tidak ada pengetahuan tentang ilmunya.

Irsyadat ini adalah sebagai alat untuk menyampaikan apa yang ada dalam fikiran. Bagaimanapun kata-kata itu mungkin tidak dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran dengan tepat dan hanyalah sebagai gambaran sahaja. Oleh itu terpulanglah kepada pembaca untuk mencari orang yang ditunjukkan dalam gambaran itu.

Bagaimanapun jika pembaca menganggotai sebarang aliran tarekat sufiah dan dibimbing oleh guru yang mursyid, pembaca mungkin dengan mudah memahami Irsyadat tersebut. Jika tidak pembaca hendaklah mencuba memahaminya dengan berfikir dan merenung secara mendalam. Jika ada yang bertentangan dan berlawanan dengan mantik, janganlah dikatakan tidak betul. Hal ini kerana orang sufi dapat memandang ke sebalik yang tersurat, tersirat dan berbagai lagi

Saturday 26 September 2015

Kitab Qamarul Huda

Qamarul Huda (Bulan Petunjuk)
Harga Rm10.90
Synopsis :

Adapun Alam Hakikat itulah yang dinamakan "Ilmu Kaum Sufi". Maka ini bererti
ilmulah sahaja yang dapat menyampaikan kita kepada pengetahuan Tuhan kita
dan diri kita. Sehingga dikatakan sudah terbentang beberapa nas yang begitu jelas
dan terang daripada beberapa buah kitab seperti Al-Fatwa al-Haditsiyyah oleh Al-'Arif
billah Syeikh Ibnu Hajar dan lain-lain yang melarang sama sekali muthala'ah kitab kaum
Sufi.
Ini bukan bererti dilarang kepada orang-orang ahlinya mengarang atau mengajar atau
mempelajarinya tetapi sesungghnya sudah menjadi kewajipan orang-orang seumpama
itu menghidupkan "Ilmu Kaum Sufi" (Alam Hakikat) itu kerana sudah hampir pupus
dan tidak ada ahlinya lagi.

Tuesday 26 May 2015

Kitab Al jawahir as Sufiyah

al-Jawahir al-Shufiyyah

Kitab al-Jawahir al-Sufiah merupakan karya seorang ulama terkenal dari negeri Kedah, Dato' Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.

Dalam buku al-Jawahir al-Sufiah ini, penyusun telah membuat huraian dan kupasan yang mendalam bagi kitab ‘Qathr al-Ghaithiyyah fi ‘Ilm al-Shufiyyah ‘ala Syari’ah Muhammadiyyah’ yang ditulis  oleh Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari, yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husin Kedah bagi memudahkan kefahaman kepada masyarakat masa kini.

Buku ini telah disunting oleh Prof. Madya Dr. Abdul Basir Bin Haji Mohamad, dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan diterbitkan oleh Mahzum Book Services, batu Caves Selangor pada tahun 2009. Tebal buku ini merangkumi 116 halaman.

Perbincangan buku ini ditumpukan kepada tajuk-tajuk asas dalam bidang ilmu tasawuf bagi memberi gambaran awal maksud ilmu tersebut. Pendedahan sebegini dapat membantu masyarakat awam dalam memahami secara baik dan tersusun persoalan berkatan ilmu tasawuf. Perbincangan ilmu tasawuf diberi penumpuan dalam beberapa tajuk asas dengan dilengkapi empat fasal. Antara tajuk-tajuk penting ialah dasar ilmu tasawuf, nas-nas asas ilmu tasawuf, mushahadah, sifat ahli tasawuf, faktor penghalang ahli tasawuf untuk beribadat kepada Allah SWT dan hal ehwal berkaitan dengan maqam, adab bersuluk dan cara bersuluk. Justeru, buku kecil ini sangat sesuai untuk ditatapi dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu tasawuf.

Selamat membaca

Wednesday 22 April 2015

Kitab Cahaya Abadi

Harga RM50
Keterangan Buku :

Sebuah rentetan sejarah seluruh kehidupan Rasulullah S.A.W dari saat kelahiran hinggalah Baginda wafat, selama lebih enam dekad. Seememangnya, tempoh perjuangan dalam menegakkan agama Allah dari peringkat awal sehingga akhir hayatnya penuh dengan segala macam ranjau dan rintangan, kekacauan, keringat dan air mata, ujian, perturnpahan darah serta konflik. Mengalami pelbagai ujian kecil atau besar, sebaik sahaja Baginda ditauliahkan sebagai Rasul atau lebih tepat ketika Baginda mula menerima wahyu pertama. Bertitik tolak dari peristiwa itu, bermulalah risalah dan utusan suci diterjemahkan kepada kegiatan dakwah yang diilhamkan Allah S.W.T disampaikan kepada sekumpulan kecil individu dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat di Kota Mekah. Di situlah cahaya dan hidayah Islam mula bertapak lantas terpancar dengan cara yang paling sederhana. Sedikit demi sedikit sinaran cahaya abadi terpancar ke seluruh bumi Arab dan wilayah sekitarnya. Diterima rarnai dan menolak segala amalan jahiliyah yang masih menebal di kalangan masyarakat Arab.
Penulisnya, Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri seorang sarjana Islam yang berjaya meraih kemenangan cemerlang dalam satu pertandingan antarabangsa, melalui tulisan mengenai riwayat hidup Rasulullah S.A.W. Beliau memulakan tulisan dengan pendekatan geografi di muka bumi tandus lagi gersang, perkembangan pra-sejarah yang primitif hingga ke zaman dakwah Nabi Ibrahim. Terkandung unsur-unsur antropologi bila membicarakon asal-usul bangsa Arab yang diwarnai pergolakan politik dalam merebut kuasa. Pada mulanya antara kabilah dan berakhir apabila muncul beberapa kerajoan, bermula dengan kerajaan berdaulat Yaman.
Beliau amat teliti ketika membuat penyelidikan dan penafsiran apabila melihat kepada sumber fakta termasuk hadis dan Al-Qur'an, tidak dinafikan konsep persejarahan yang disokong oleh beberapa ayat Al-Qur'an hampir menyamai Asbabul-Nuzul, merupakan satu percubaan yang terpuji. Sementara terjemahan dalam Bahasa Melayu mengundang pembaca untuk memahaminya dalam bahasa yang paling mudah sekalipun terdapat di sana sini konsep penghayatan iman, takwa dan aqidah yang boleh dianggap agak berat.
Tajuk asalnya "AR-RAHEEQ AL-MAKTUM" membawa makna "Minuman Dari Khamar Murni" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffihin ayat ke-25. Tetapi dalam Bahasa Melayu diterjemahkan secara mudah dengan nama "CAHAYA YANG ABADI”. Dengan keyakinan bahawa Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia oleh Rasulullah S.A.W menepati konsep kandungan kitab bahawa Islam adalah cahaya yang sentiasa bersinar serta kekal abadi.

Thursday 19 March 2015

Kitab Bicara Sufi



Harga RM13.00


Kitab ini membicarakan tentang pendapat dan pandangan syeikh-syeikh sufi yang besar dan termasyhur di zaman silam seperti Syeikh Ibnu Arabi, Syeikh Abd Qadir Al-Jailani, Syeikh Jalaludin Rumi, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Mansur A-Hallaj, Syeikh Awhaduddin al-Balyani, Syeikh Abdul Ghani an Nabulusi dan lain-lain lagi berkaitan dengan keruhanian dan ketuhanan, yang di petik daripada kitab-kitab karangan mereka yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu.


Sedutan Kitab

Bahagian ke 11


Allah Berada Dalam Seruan Kita

Adalah diceritakan oleh Syeikh Jalaludin Rumi dalam kitabnya berjudul Mathnawi, bahawa suatu malam seorang hamba Allah menyeru dan berzikir dengan menyebut nama "Allah, Allah, Allah" beribu kali. Maka datanglah Iblis kepada hamba Allah itu lalu membisikkan kepadanya, "Wahai orang yang banyak bercakap, pernahkah Allah menjawab "Aku disini" tak kala engkau memanggilNya atau menyebut namaNya? Bukankah tidak ada satu jawapan pun yang engkau dengar? Berapa lama lagikah engkau hendak menyebut nama Allah itu? Bukankah sia-sia sahaja kerja engkau itu?


Si hamba Allah ini pun lalu terpengaruh dengan kata-kata itu. Ternyata bisikan iblis itu masuk juga pada akalnya, dan terasa juga ia akan kebenaran kata-kata itu. lalu ia pun tidur. Dalam tidur itu dia bermimpi bertemu dengan nabi Khaidir. Nabi Khaidir berkata kepadanya, "kenapa engkau berhenti memuji dan menyeru nama Allah? Tidakkah engkau mahu menyebut dan berzikir kepadaNya lagi?"


Si hamba Allah itu pun menjawab, "Aku tidak pernah mendengar jawapan yang mengatakan "Aku disini" daripada Allah. Adakah Allah benci kepadaku?"


Nabi Khaidir berkata "Itu anggapan yang salah. Allah telah berkata bahawa sebutan "Allah" engkau itu adalah jawapan bagi "Aku disini" daripada Allah. Di sebalik setiap seruan "Allah" yang kamu sebut itu, setiap itu pula terdapat jawapan "Aku disini" daripadaNya.


Demikianlah di ceritakan oleh syeikh Jalaludin Rumi. Syeikh besar dari Persia. Mudah-mudahan cerita ini meniup semangat kepada kita untuk terus berzikir kepadaNya.

Saturday 14 March 2015

Kitab 40 Masalah Agama (siri 1)

Harga RM25
Kitab ini membahaskan secara ilmiah beberapa persoalan yang timbul dewasa ini. Masalah2 ini adalah:
1. Masalah zikir dan doa
2. Masalah Israk dan Mikraj
3. Masalah Bismillah dalam fatihah
4. Masalah tawassul dalam mendoa
5. masalah qunut dalam sembahyang subuh
6. Masalah Hadiah pahala
7. Masalah hisab dan rukyah
8. Masalah talaq tiga sekaligus
Masalah Hadiah pahala
Berbagai pendapat ustaz2 dan penceramah2 dikebelakangan ini memfatwakan bahawa menghadiahkan pahala tahlil, pahala wakaf, pahala bacaan ayat Quran, sedekah dan lain2 sebagainya kepada kaum kerabat yang telah meninggal dunia, adalah tidak berfaedah dan tidak sampai kepadanya, sia2 sahaja.
Ada pula fatwa yang lebih tajam dari itu, yang menyatakan bahawa pekerjaan itu bidaah, haram, masuk neraka kerana tiada dalil dari Quran dan hadis. Ulamak2 tua serta kaum muslimi menjadi goncang kerana fatwa ini berlainan dari yang selalu didengar, berlainan dari amal ibadat yang dikerjakan setiap hari dan bahkan berlainan dari iktikad dan kepercayaan yang dianutinya.
Pahala amal kebajikan yang didapati oleh yang mengerjakan dan sudah berada dalam simpanannya bolehkah dihadiahkan kepada orang lain? seumpamanya kepada ibubapa, kepada karibnya, kepada saudaranya baik yang dah mati atau yang masih hidup dan apakah bermanafaat kepadanya di akhirat.
Kaum ahlu sunnah wa jamaah mempercayai bahawa hai itu boleh dilakukan dan orang yang diberi hadiah pahala itu mendapat faedah di akhirat nanti.
Dalam buku ini disertakan 18 dalil yang menyatakan boleh dan 4 dalil yang menyatakan tidak boleh serta jawapan kepada persoalannya serta juga 27 kesimpulan diantaranya:
4. Malaikat2 ada yang mendoakan minta ampun orang yang dibumi, dan doanya dimakbulkan.
9. Hutang ibadat haji boleh dibayar oleh ahli warisnya
14. Menyembahyangkan jenazah dan mendoaakan jenazah berfaedah kepada yang disembahyangkan itu.
wallahu a'lam 



Kitab Tarekat Dalam Tasawwuf

Harga Rm7.00

Bab Ke Sembilan Zikir Dan Tarekat

Salah satu bahagian yang terpenting dalam tarekat ialah zikir. Zikir ertinya mengingat kepada tuhan, tapi dalam tarekat mengingat kepada tuhan itu dibantu dengan bermacam-macam ucapan, yang menyebut nama Allah atau sifatNya atau kata2 yang mengingatkan mereka kepada Allah.

Ahli2 tarekat berkeyakinan, bahawa lahir dan batin sentiasa diawasi Allah, maka hamba Allah itu akan menjadi manusia yang benar kerana selalu ada dalam keadaan memperhambakan dirinya kepada Allah.

Lalu zikir bererti menyebut2 nam Allah atau makrifat Allah yang pada keyakinan mereka itu akan melahirkan sifat takut dan kasih kepada Allah. Pada keyakinan golongan tarekat tiap2 manusia tidak terlepas dari 4 perkara: nikmat, bala, taat dan dosa selama manusia itu mempunyai nafsu yang turun naik mestilah ia mengerjakan salah satu dari yang empat tersebut.








Friday 23 January 2015

Kitab Matlail Badrin

Harga rm5.00

Kitab jamak fawaid

Harga RM14

Kitab Bulughul Maram (Jawi)



Harga rm6 (jawi) Rm60 (rumi)

Sebuah kitab yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi oleh seorang ulama nusantara terkenal Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Kitab ini begitu popular sekali disyarahkan dalam pengajian di sekolah-sekolah pondok dan juga di masjid atau madrasah. Bicara utama yang dibahaskan di dalam kitab ini adalah sekitar persoalan fikah dan hukum syarak yang didasarkan kepada hadits-hadits Rasulullah S.A.W. Dalil-dalil hukum syarak dikumpulkan dan dikategorikan mengikut bab-bab perbincangan.
Buku ini asalnya yang ditulis dalam tulisan Jawi telah dialihkan tulisannya kepada tulisan Rumi tanpa mengubah susun kata ataupun perkataannya. Ini adalah bagi memudahkan generasi sekarang untuk mengikuti kelas atau pengajian syarah kitab ini yang masih menggunakan naskhah kitab asal. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang menggunakan kitab Jawi untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kurang pasti dari segi sebutan dan maksudnya.
Usaha mencerahkan semula hasil tulisan ulama dan ilmuan berpengaruh nusantara ini adalah untuk menyuburkan dan menyebar luaskan khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama nusantara terdahulu yang begitu besar sekali sumbangan mereka dalam memartabatkan agama dan bangsa. Semoga dengan adanya buku seumpama ini sebaran cahaya ilmu ini akan terus menerangi generasi-generasi sekarang dan akan datang.

Kitab Minhaju Salam


Kitab Basyaroh Alamalin

Inilah kitab yang bernama Basyaroh Alamalin karangan al Alim tuan guru Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al Fatani diantara isi kandungannya:

1. muqadimah pada kelebihan ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya
2. Pada menyatakan kelebihan segala sembahyang dan sembahyang berjemaah dan siksa orang yang meninggal akan dia
3. Pada menyatakan kelebihan puasa dan kelebihan bulan ramadhan dan kelebihan malam lailatul qadar
4. Pada menyatakan kelebihan haji dan umrah
5. Pada menyatakan kelebihan sedekah dan siksa orang yang menegahkan zakat
6. Pada menyatakan siksa orang yang memakan riba dan mencuri dan mengurangkan pada sukatan
7. Pada menyatakan siksa zina dan kasih akan muda belia
8. Pada menyatakan siksa orang yang minum arak
9. Pada menyatakan siksa orang yang membunuhkan orang
10. Pada menyatakan kelebihan berbuat kebajikan akan dua ibubapa dan siksa menderhakakan keduanya dan pada menyatakan hak anak atas keduanya
11. Pada menyatakan suruh syarak dengan menghubungkan Rahim dan diharamkan memutus akan dia
12. Pada menyatakan kelebihan berbuat baik pada isteri dan beberapa hak atas suami
13. Pada menyatakan menjaga lidah dan menjauhkan dusta
14. Pada menyatakan elok perangai dengan segala perangai yang baik
15. Pada menyatakan pemerintah berlemah lembut kepada rakyat 

Harga: RM 3.10

Kitab Anuwan Alfalah



Inilah kitab yang bernama Anuan Al Falah karangan al Alim al Alamak al Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al Fatani pada ilmu tauhid dan Ilmu feqah dan adat perangai yang elok dan ilmu pergaulan diantara isi kandungannya
1. muqadimah pada kelebihan ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya
2. Pada menyatakan bab Taharah 
3. Pada menyatakan Bab Solat
4. Pada menyatakan Bab Zakat
5. Pada menyatakan Bab Puasa
6. Pada menyatakan Bab Haji dan Umrah
7. Pada menyatakan Bab Sembelihan dan makanan
8. Pada menyatakan Bab Bersumpah dan nazar
9. Pada menyatakan Bab Kira Bicara
10. Pada menyatakan Bab Membahagi Pusaka
11. Pada menyatakan Bab Bicara Nikah
12. Pada menyatakan Bab Segala Dosa besar serta Dera nya (siksaannya)
13. Pada menyatakan Bab Beberapa Kebajikan
14. Pada menyatakan Katamah Pada menyatakan berperangai dengan segala perangai yang baik

Harga: RM 3.10