Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Friday 2 March 2012

Kitab Akidatun Najin

Harga RM4.50 (Jawi)
Harga RM22.00 (Rumi)

Kitab Aqidatun Najin karangan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Kitab yang membicarakan berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Antaranya yang membicarakan tentang enam martabat iman Iman yang terbit daripada taklid dan Iman yang tebit daripada Ilmu dan Iman yang terbit daripada Ayan (ainun-mata) dan Iman yang terbit daripada Hak dan Iman yang terbit daripada Hakikat dan Iman yang terbit daripada Hakikatul hakikat.

Pengarang :Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani
Pengalih Tulisan Jawi Ke Rumi : Ustazah Noraine Abu
Keterangan buku:
Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
  Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.





No comments:

Post a Comment