Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Monday, 5 March 2012

Kitab Minyatul Musoli


Harga RM3.00 (Jawi)
Harga RM10.00 (Rumi)

Pengarang : Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani
Pengalihan Tulisan Jawi ke Roman: Naraine Abu
Muka Surat: 139

Keterangan Buku : Bahawasanya solat lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian rukun lslam Yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah. Dan tempatnya daripada agama seperti besar kepala daripada tubuh, maka seperti bahawasanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya, maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada solat baginya. Demikianlah telah datang pada beberapa hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Telah menjadikan kami Allah Subhanahu wa Ta'ala dan akan kamu daripada orang yang memelihara rakan atas solat yang lima waktu dan orang yang mukmin bagi solat yakni dan memeliharakan dia, lagi orang yang khusyuk padanya yakni tetap hatinya dan anggotanya di dalam solat, lagi yang mengekalkan atas solat yakni tiap-tiap sudah solat, dia bercita- cita hendak mengerjakan solat yang keduanya, demikianlah selama lamanya.

Maka dengan demikian itulah menyuruh Allah Subhanahu wa Ta'ala akan segala hambaNya yang mukmin di dalam kitabNya dan dengan dia memperikan sifat mereka itu, maka firmanNya: Peliharakan oleh kamu, hai orang yang mukminin atas solat yang lima waktu dan peliharakan solat Wustha dan berdiri kamu bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala mengerjakan kamu akan taat.

No comments:

Post a Comment