Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Monday 23 December 2013

Kitab Pembukaan kepada yang Ghaib


Harga RM 15.00



Pembukaan kepada yang ghaib - Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apabila seorang hamba Allah SWT itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doctor atau bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT dan memohon sambil merayu kepadaNya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah SWT.

Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdoa dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah SWT. Allah SWT tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah SWT den tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid ( keEsaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah SWT tidak ada baik dan tidak ada jahat, tiadan rugi dan tiada untung, dan tidak ada faedah dan tiada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam ‘tangan’ Allah.

Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkan diri atau seperti bola dikaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas, ke tepi dan ke tengah, senantiasa berubah tempat dan kedudukan. Dan tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah SWT semata-mata.

Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada yang didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dan dimuliakan.

Redhalah dia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya dengan Allah.Bertambalah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia ‘di dalam Allah’. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi. Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang ke hadrat Allah SWT.             

Friday 16 August 2013

Kitab Mutiara Yang Indah (AD-DARUN NAFIS)

Harga RM7.90

 Synopsis :

Makam Baqa' (kekal bersama Allah) ini juga disebut makam tajalli, zuhur (terzahir nampak) dan juga dikenali makam.
" Aku tidak melihat sesuatupun melainkan padahal aku melihat Allah Taala bersamanya. "
" Aku tidak melihat sesuatupun melainkan padahal aku melihat Allah Taala dalamnya. "
" Aku tidak melihat sesuatupun melainkan padahal aku melihat Allah Taala dahulunya. "
" Aku tidak melihat sesuatupun melainkan padahal melihat Allah Taala
kemudiannya. "

Tuesday 13 August 2013

Kitab Al-Azkar (Terjemahan)

Harga RM 60.00

Keterangan Buku :
Sepanjang hayat Imam Nawawi, beliau sentiasa sibuk dengan menuntut dan menyebarkan ilmu, menulis kitab, beribadah seperti puasa, wirid, dan zikir. Perwatakan beliau begitu sederhana, warak dan zuhud. Manakala pakaiannya adalah daripada kain kasar, berserban berwarna hitam dan kecil. Pengorbanan dan sumbangannya terhadap peradaban dan tamadun Islam amatlah besar. Karya-karya beliau menjadi rujukan dan sumber ilmu bagi umat Islam sehingga kini.
Al-Azkar merupakan salah satu hasil karya beliau yang begitu bermakna untuk semua umat Islam. Bicaranya dalam karya ini adalah tentang zikir serta amalan dalam kehidupan seharian kita. Susunan hadis-hadis sahih yang berkaitan tentang amalan serta zikir mampu memberi sinaran bagi menyuluh kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
Al-Dzariyat:56
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan Wgat (pula) kepadarnu."
al-Baqarah:152
Hasil karva Imam Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita dalam memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Ilmu yang dinukilkan oleh Imam Nawawi ini mampu menjadi panduan bagi kita.
"...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku dipertintahkan , dan aku termasuk di kalangan orang muslim (berserah diri)."



Thursday 25 July 2013

Kitab Tafsir Nurul Ihsan

kitab tafsir nurul ihsan

Jilid 1 RM 12
Jilid 2 RM 13
Jilid 3 RM 12
Jilid 4 RM 12

Wednesday 12 June 2013

Kitab Umdatut Talib

Harga RM3.80

Kitab Jamak Jawamik Al-Musonnifat

Harga RM3.50

Sebuah himpunan kitab-kitab fekah lama karangan Ulama Aceh. Dihimpunkan oleh Sheikh Ismail bin Abdul Mutalib.

Tuesday 14 May 2013

Kitab Jauhar Mauhub

Harga RM 6.50


Inilah kitab yang bernama Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani, yang telah beliau nukilan daripada " Kitab Lubab Al-Hadith", karangan bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Kitab ini merupakan "mau'izah" (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan 'ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf mengetahuinya.


Bab Ke 23


Pada menyatakan kelebihan Taubat. Allah berfirman yang bermaksud "Hai mereka yang beriman mereka itu taubat olehmu kepada Allah akan taubat yang nasuha" (kata Hassan Basri ra) bermula taubat nasuha itu menyesal dengan hati dan istifar dengan lidah dan meninggalkan maksiat dengan segala anggotanya dan cita bahawa tiada kembali kepada maksiat selama2nya (kata) Abi Kaab dan Muaz bin Jabal dan Umar bin Al Khatab ra taubat nasuha itu bahawa taubat ia kemudian tiada kembali ia kepada dosa

Thursday 28 March 2013

Kitab Samarul Jannah

Harga RM 3.80

Kitab Kasyaaful Ghaibiah

Harga RM 4.50

Ini kitab yang dinama akan dia KasyafulGhaibiah pada menyatakan yang ghaib-ghaib seperti syurga, neraka dan hari kiamat. Kitab ini terbahagi kepada 10 bab yang membiacarakan tentang ciptaan roh dan nur Muhammad, ciptaan alam dan keindahan syurga dan orang yang layak memasukinya daripada beberapa hadis al marwiyah karangan al alim al fadhil Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al Fatoni

Kitab Pati Rahsia

Harga RM 8.00

Kitab Pati Rahsia dihiasi didalamnya nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, kelebihan Bismillahi Rahmani Rahim, Fatihah, ayat2, hizib2 dan lain2nya. Susunan Nik Mahmod bin Ismail (Dato' Pedana Menteri Paduka Raja)










Kitab Perukunan

Harga RM 3.60

Kitab Ayyuhail Walad (rumi)

Harga RM 6.00

Kitab Mengenal Diri dan Wali Allah

Harga RM 10
wasap ke 0132372864

Buu ini buah pena al-ustaz Mustapha Mohamed Al-Jaisi (Al-Ahmadi) adalah sebuah buku ilmiah yang pertama kali mengupas hakikat tasauf dengan cara mendalam yang belum pernah wujud di alam persuratan melayu hari ini. Buu ini ternyata mendapat sambutan hangat dari masyarakat pembaca sekalian sejak ianya diterbitkan (dalam edisi jawi) hingga ke hari ini.
Buku ini menjelaskan kekeliruan-kekeliruan kebanyakkan oerang ramai khususnya kaum intelek tentang hakikat ilmu tasauf sehingga menyebabkan timbulnya tuduhan-tuduhan fitnah terhadap kaum sufi sejak dahulu sampai sekarang.
Buku ini lahir sebagai menyahut cabaran zaman..mengapa dunia penuh dengan angkara ancaman terhadap umat manusia? Tuan-tuan sila cari sendiri apakah sebab musababnya. Tuan-tuan akan bertemu jawapanya bila membaca buku ini...

Kitab Hikmat Fatihah

 Harga RM 1.90



Thursday 14 February 2013

Kitab Bahru Al-Madzi


Keterangan buku:

PENGARANG : DR.MUH.IDRIS'AB.RA'UF AL-MARBAWIY

Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu' 1 - Mengenai Thaharah.
RM42.00
02. Juzu' 2 - Mengenai Solat.
RM39.00
03. Juzu' 3 - Mengenai Solat.
RM42.00
04. Juzu' 4 - Mengenai Solat dan Zakat.
RM42.00
05. Juzu' 5 - Mengenai Puasa.
RM40.00
06. Juzu' 6 - Mengenai Haji.
RM40.00
07. Juzu' 7 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah.
RM40.00
08. Juzu' 8 - Mengenai Nikah.
RM40.00
09. Juzu' 9 - Mengenai Thalaq dan Li'an.
RM40.00
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan.
RM42.00
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan

                       Berperang. RM39.00
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
RM42.00
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan

                      Silaturrahim. RM42.00
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan

                      Qadar. RM42.00
15. Juzu' 15 - Huru-Hara.
RM42.00
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
RM42.00
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat.
RM42.00
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan !man.
RM42.00
19. Juzu' 19 - Mengenai 'IImu,Minta Izin dan Adab.
RM42.00
20. Juzu' 20 - Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur'an dan

                      Qira'at. RM42.00
21. Juzu' 21 - Mengenai Tafsir.
RM42.00
22. Juzu' 22 - Mengenai Tafsir.
RM38.00

Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana. Dan sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.