Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Tuesday 26 May 2015

Kitab Al jawahir as Sufiyah

al-Jawahir al-Shufiyyah

Kitab al-Jawahir al-Sufiah merupakan karya seorang ulama terkenal dari negeri Kedah, Dato' Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.

Dalam buku al-Jawahir al-Sufiah ini, penyusun telah membuat huraian dan kupasan yang mendalam bagi kitab ‘Qathr al-Ghaithiyyah fi ‘Ilm al-Shufiyyah ‘ala Syari’ah Muhammadiyyah’ yang ditulis  oleh Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari, yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husin Kedah bagi memudahkan kefahaman kepada masyarakat masa kini.

Buku ini telah disunting oleh Prof. Madya Dr. Abdul Basir Bin Haji Mohamad, dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan diterbitkan oleh Mahzum Book Services, batu Caves Selangor pada tahun 2009. Tebal buku ini merangkumi 116 halaman.

Perbincangan buku ini ditumpukan kepada tajuk-tajuk asas dalam bidang ilmu tasawuf bagi memberi gambaran awal maksud ilmu tersebut. Pendedahan sebegini dapat membantu masyarakat awam dalam memahami secara baik dan tersusun persoalan berkatan ilmu tasawuf. Perbincangan ilmu tasawuf diberi penumpuan dalam beberapa tajuk asas dengan dilengkapi empat fasal. Antara tajuk-tajuk penting ialah dasar ilmu tasawuf, nas-nas asas ilmu tasawuf, mushahadah, sifat ahli tasawuf, faktor penghalang ahli tasawuf untuk beribadat kepada Allah SWT dan hal ehwal berkaitan dengan maqam, adab bersuluk dan cara bersuluk. Justeru, buku kecil ini sangat sesuai untuk ditatapi dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu tasawuf.

Selamat membaca