Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Saturday, 3 March 2012

Kitab Addarus Nafis

Harga RM2.00 (Jawi)
Harga RM14.00 (Rumi)

Pengarang : Maulana Al-Allamah Al-Fahhamah Ak-Mursyi Syeikh Muhammad Nafis Ibnu Idris Al-Banjari berasal dari Banjar Kalimantan Selatan
Alih Tulisan Jawi ke Rumi :  Ust. Nozrine Abu
Muka Surat: 149
Keterangan Buku :
Menuntut ilmu di Mekah dan Madinah. Ramai ulama nusantara lain yang seangkatan dengannya ketika menuntut di Mekah dan Madinah. Beliau kemudiannya mengabdikan diri dengan menyampaikan dakwah dan mengjarkan ilmu kepada para penduduk yang dahaga cahaya ilmu.
Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini merupakan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyaralikan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terliadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dati ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama.
Semoga dengan usaha ini kita sama-sama mendapat pencerahan ilmu yang sangat berharga yang telah dikongsikan oleh para ulama yang terdahulu. Selain itu dengan pencerahan ilmu itu lebih lunak hati dan jiwa untuk kita meraih keredhaan dan kebdaripada Allah S.W.T.



No comments:

Post a Comment