Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Saturday 9 February 2019

Kitab Percikan Kesufian

Kitab percikan kesufian
Harga Rm20

Apakah ajaran Sufisme bersumber dari ajaran Islam? Untuk apa bertasawuf? Dan berbagai persoalan lagi. 
Untuk menjawab persoalan tersebut maka buku ini dengan secara sistematik mampu menghurai, memperjelas serta menerangkan beberapa masalah yang berhubung kait dengan ajaran tasawuf dan yang dianuti oleh kaum Sufi. 
Penulis juga telah mampu memberikan hujah-hujah yang ringan dan mudah difahami atas berbagai kekeliruan serta yang samar-samar tentang KESUFIAN. 

Wednesday 21 February 2018

Kitab Minhajul Qashidin

Kitab Minhajul Qashidin
Harga rm80
Wasap ke 0132372864

Kitab yang menjelaskan kaedah dan prinsip dalam menyucikan jiwa. Sekaligus menyeru kita semua kepada kebersihan jiwa dalam beragama, sifat taqwa, menyelami erti adab/akhlak ada dalam pelbagai aspek kehidupan, konsep zuhud sebenar, rasa cinta yang hakiki dan haq, merawat hati serta jiwa dan sentiasa memahatkan sifat ikhlas dalam beragama. Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya adalah sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali).

Kitab Minhajul Qashidin disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah. Maka, inilah kitab yang sampai ke hadapan anda terjemahannya sekarang. Kemudiannya kitab ini dipersembahkan dengan semakkan tambahan oleh Syaikh Ridwan Jami' yang di antaranya dengan tambahan takhrij bagi setiap hadis yang dibawakan oleh kitab ini dengan berpandukan takhrij Syaikh al-Albani rahimahullah semoga dengannya mampu memberi keyakinan kepada kita dalam mengambil dan menghadam setiap helaian isi kandungannya.

Di antara kandungan yang dipersembahkan untuk anda melalui kitab ini adalah berkenaan wajibnya menuntut ilmu, keutamaan ilmu, bahaya tanpa ilmu, persoalan-persoalan asas dalam ibadah seperti penjagaan thaharah dan solat, adab-adab dengan al-Qur'an, dzikir dan doa, pelbagai himpunan adab-adab seorang muslim, hakikat ukhuwah/persaudaraan, penawar hati, ketenangan jiwa, bimbingan memperbaiki akhlak, bagaimana mengendalikan syahwat, bahaya lidah/lisan, mengawal sifat dengki dan emosi, zuhud, mendidik rasa bersyukur dan sabar, menjauhi sifat sombong, ajakkan sentiasa bertaubat, kepentingan tauhid, pentingnya niat dan kejujuran, konsep muroqobah (mendekat diri kepada Allah), tafakur, mengingati mati dan rahmat Allah, dan mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Monday 20 November 2017

Kitab Ulasan Al-Hikam

Kitab Ulasan Al-Hikam
Harga rm59
Wasap ke 0132372864

Kitab ini mengulas tentang ulasan terhadap kata2 hikmah yang dikemukakan oleh Ibn Ataillah al Sakandari yang melibatkan akidah, ibadah dan juga akhlak. Juga melibatkan persoalan tauhid dan hubungan kemasyarakatan. Amat sesuai untuk para pengemar tasauf dan akhlak Islam

Friday 27 October 2017

Kitab Syamail Muhammadiah

Kitab Syamail Muhammadiah
Harga Rm45
wasap ke 0132372864

Al-Faqir mengucapkan syabas dan tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Faiz Abidin di atas kesungguhan beliau menterjemah dan membuat tatmim (penyempurnaan) terhadap kitab Asy-Syamail al-Muhammadiah. Usaha beliau meletakkan bails dan membuat beberapa penerangan terhadap ibarat di dalam hadis adalah sangat baik sekali untuk lebih memahamkan para pernbaca memahami hadis.
USTAZ MUHADIR HJ. JOLL

Memiliki kitab karangan al-Hafidz at-Tirmizi adalah seperti sedang mendengar Baginda Nabi sedang berbicara. Memiliki Kitab asy-Syamail adalah seperti sedang hidup bersama Baginda #. Terdapat banyak terjemahan Syamail di pasaran. Saya dapati terjemahan dan huraian yang dilakukan oleh Akhuna al-Fadhil Ustaz Mohd Faiz Abidin adalah antara yang terbaik untuk dimiliki. Anda wajib memilikinya dan ini merupakan hadiah yang agung buat ummah.
USTAZ MOHD NAZRUL ABD NASIR AL-AZHARI SYAIKH RUWAQ JAWI

Asy-Syamail Muhammadiah oleh al-Imam at-Tirmizi adalah sebuah biblografi agung Rasulullah # yang telah berkhidmat untuknya para ulama dari kalangan Muhaddithin, Fuqaha’, Muarrikhin sejak berkurun zaman hingga sekarang. Kitab ini adalah salah satu bukti pemeliharaan Allah ke atas Sayyiduna Rasulullah, dimana sehingga ke hari ini masih ada yang berkhidmat untuk mensyarahkan, menterjemahkan dan mengajarkan. Kita dapati usaha yang sangat mulia yang telah dilakukan oleh akhina al-Fadhil al-Ustaz Mohd Faiz Abidin Hafizahullah melalui terjemahan yang sangat baik ini. Semoga beliau dan kita dikumpulkan bersama Kekasih Agung Sayyiduna Rasulullah # di akhirat kelak. Amin.

Sunday 20 August 2017

Kitab Syarah Hikam Abi Madyan

Kitab Syarah Hikam Abi Madyan
Harga Rm50
Wasap ke 0132372864

Kitab Syarah Hikam Abi Madyan ini merupakan terjemahan dan ulasan daripada seorang 'Ulama' yang tersohor sejak dulu sehingga kini, iaitu Qutub Ad-Din Al-'Alim Al-'Alamah Al-'Arif Al-Rabbani As-Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani ra. Kitab ini merupakan suatu karya yang sangat berharga lantaran begitu banyak rahsia-rahsia perjalanan dan pengabdian sufi didedahkan secara terbuka yang sangat sedikit orang-orang awam seperti kita ini mendengarnya apatah lagi meminatinya. Oleh itu, janganlah cepat melenting dan tergesa-gesa menuding jari mengatakan ilmi ini sesat dan tidak betul.Untuk memahaminya agak sukar terutama orang yang kurang atau langsung tidak tahu tentang ilmi ini(ilmu Ahli Tasawuf).
Ilmu tasawuf adalah ilmu rasa ilmu dzauf. Sesiapa yang merasai dan mengalaminya, sendiri akan faham dan mengetahuinya. Untuk merasainya perlulah memasuki dan mengembara pada jalan kerohanian yang dibimbing oleh guru Mursyid yang kamil mukammil lagi Akmal yang sudah merasai dan bergelumang dalam alam Misal, alam Arwah, alam Malakut, alam Jabarut, alam Lahut, alam Yahut dan alam Hahut (sila lihat dan rujuk dalam carta / rajah Hakikat Ilmu Tanazzul / Martabat Tujuh Hadhrat Insan yang ada pada Syeikh Mursyid masing-masing). Ilmu ini juga dinamakan ilmu Laduni, ilmu yang datang terus dari Majlis Ketuhanan yang tidak perlu dipelajari,bahkan tidak ada jalan untuk dipelajari dariapda sesiapa pun. Hanya ia adalah kurniaan khusus daripada Allah Taala yang diberikan kepada hambaNya yang pilihan dan utama.

Kitab Syarah Hikam Tok Pulai Manis

Kitab Syarah Hikam Tok Pulai Manis
Harga Rm65
Wasap ke 0132372864

Synopsis :

Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.

Tuesday 15 August 2017

Buku Belitan Iblis

Buku Belitan Iblis
Harga rm53
Wasap ke 0132372864

Sebuah buku yang mengandungi hal-hal kontroversial dalam menghitung kepercayaan yang sesat dan akidah Islam yang menyeleweng dari ajaran Islam yang pernah disebutkan dalam mana-mana kitab Ibnul Qayyim menonjolkan perkaranya sekaligus dengan fakta-faktanya, lalu mengulas satu persatu berdasarkan dalilnya dari Al Quran dan Hadis Nabi SAW, kemudian kata-kata para salafus salih untuk menolak kekeliruan dan penyelewengan yang ditempelkan kepada kepercayaan Islam yang suci.

Sunday 16 April 2017

Kitab Mauizah Hasanah 2 ; Teman Di Barzakh

Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh

HARGA: RM 28.00/ 30.00
Wasap ke 0132372864

SINOPSIS:

Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat r.anhum.

Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati dengan roh orang yang masih hidup.

Semuanya untuk kita hayati agar lebih  bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.

Suasana di alam barzakh tidak sama dengan suasana Padang Mahsyar.

Kematian setiap orang adalah berbeza-beza, dari segi keadaan dan waktunya.

Nabi Adam a.s. wafat beribu tahun dahulu. Nabi Muhammad SAW pula wafat lebih 1400 tahun yang lalu. Kemudian kita pula, tidak tahu bila ajal datang menjengah.

Akan tetapi, apabila tibanya saat menuju ke Padang Mahsyar, kita akan dibangkitkan serentak semuanya bersama-sama. Disebabkan dibangkitkan serentak kesemuanya inilah yang menyebabkan alam di Padang Mahsyar itu lebih besar berbanding alam barzakh.
.
Alam barzakh itu sendiri lebih besar daripada alam dunia, tetapi suasana di Padang Mahsyar itu lebih besar daripada alam barzakh. Bagaimana kita ingin bayangkan?

Hadis-hadis Nabi SAW yang menyebutkan perihal Padang Mahsyar ini lebih banyak jika dibandingkan hadis-hadis yang menceritakan perihal alam barzakh.
.
Hadis-hadis yang berkaitan dunia pula, banyak yang menunjuk kita bagaimana untuk hidup di dunia supaya selamat di Padang Mahsyar…

KANDUNGAN
1. Saat Roh Melayang
2. Penempatan Para Roh
3. Kedudukan dan Tempat Roh Orang Mukmin
4. Ziarah Alam Barzakh: jangan sombong dengan amalan
5. Perjalanan Israk Mikraj di Alam barzakh
6. Diperlihat Amalan kepada Mereka Yang Sudah Meninggal
7. Amalan Orang Hidup dipertonton Kepada yang Sudah Mati
8. Hutang antara Halangan ke Maqam Kemuliaan
9. Wasiat Sebelum Mati
10. Peretmuan Arwah Orang Mati dengan Arwah Orang Hidup dalam Tidur

Kitab Sirajul Tholibin

Kitab Sirajul Tholibin
Harga Rm58 ( jilid 1&2 )
Wasap ke 0132372864

Wednesday 22 February 2017

Kitab Bidayatul Hidayah

Kitab Bidayatul Hidayah
Harga Rm12.00

Aku mendengar dari orang yang kupercaya tentang sejarah perjalanan hidup Syaikh al-Imam az-Zahid. Se­moga Allah senantiasa memberikan taufik pada beliau dan memeliharanya dalam menjalankan risalah agama­Nya. Sejarah perjalanan hidup beliau memperkuat keinginanku untuk menjadi saudaranya di jalan Allah Swt. karena mengharapkan janji yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya yang saling mencinta.
Persaudaraan tidak harus dengan bertemu muka dan berdekatan secara fisik, tapi yang dibutuhkan adalah adanya kedekatan hati dan perkenalan jiwa. Jiwa-jiwa merupakan para prajurit yang tunduk; jika telah saling mengenal, jiwa-jiwa itu pun jinak dan menyatu. Oleh karenanya, aku ikatkan tali persaudaraan dengannya di jalan Allah Swt.. Selain itu, aku harap beliau tidak mengabaikanku dalam doa-doanya ketika sedang berkhal­wat serta semoga beliau memintakan kepada Allah agar diperlihatkan kepadaku bahwa yang benar itu benar dan aku diberi kemampuan untuk mengikutinya, dan yang salah itu salah serta aku diberi kemampuan untuk meng­hindarinya. Kemudian aku dengar beliau memintaku untuk memberikan keterangan berisi petuah dan nasihat serta uraian singkat seputar landasan-landasan akidah yang wajib diyakini oleh seorang mukalaf.

Thursday 2 February 2017

Kitab Kasyfu Al Asrar

Kitab KASYFU AL-ASRAR
Harga rm8.00

Kitab KASYFU AL-ASRAR ini adalah merupakan kupasan dalam bentuk soal-jawab yang menjurus ke arah 'ilmu kebatinan (Ilmu Tasawwuf), di samping 'amalan dan tuntutan syari'at. Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguhnya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan rumi dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkaataan yang terdapaat dalam teks asal.

Monday 12 December 2016

Kitab Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi

Harga Rm25

Terdapat 15 bab iaitu:
Bab 1 - Sejarah Kewujudan Tasawuf
Bab 2 - Ajaran Tasawuf pada zaman Khulafa' al-Rasyidin
Bab 3 - Landasan Tasawuf; Ilmu dan Amal
Bab 4 - Ilmu-ilmu Dasar Kaum Sufi
Bab 5 - Sanad dan Khirqah dalam Ajaran Kaun Sufi
Bab 6 - Kekeliruan tentang Syariat dan Hakikat
Bab 7 - Sanggahan Terhadap Pembahagian Tasawuf
Bab 8 - Fenomena Syatahat dalam kalangan Ahli Sufi
Bab 9 - Akidah Hulul dan Wahdah al-Wujud
Bab 10 - Dasar Akidah Kaun Sufi
Bab 11 - Ahli Sufi Angkatan Pertama
Bab 12 - Cabaran Golongan Antitasawuf
Bab 13 - Fitnah Terhadap Sebahagian Wali ALLAH
Bab 14 - Perkembangan Tasawuf di Nusantara
Bab 15 - Mengenali Sufi Sejati dan Sufi Palsu.

Monday 28 November 2016

Kitab Qatrul Ghaisiah

Harga rm11.90
Titisan Hujan Dalam Ilmu Sufi.
Siri Ilmu Tasawuf "Qatrul Ghaisiah"
"Bagaimana akan dapat terang cahaya mata hati seseorang yang bergambar dunia (alam benda) ini terlukis dalam lensa/ cermin hatinya."
"Atau bagaimana akan pergi menuju kepada Allah Taala, pada hal ia masih terikat (terbelenggu) oleh segala keinginan syahwat hawa nafsunya." "atau bagaimana akan pergi menuju kepada Allah Taala, pada hal ia masih terikat (terbelenggu) oleh segala keinginan syahwat hawa nafsunya."
"Atau bagaimana akan dapat masuk ke hadrat Allah Taala, pada hal ia belum bersih suci daripada kelalaiannya yang serupa dengan janabah."

Wednesday 27 July 2016

Kitab Tafsir Juzuk Amma

Harga Rm5.50 (jawi)

Rm 18 (rumi)

Kitab ini adalah karangan seorang -Ulama yang berasal dari Sumantera Barat. Indonesia, yang bernama AI-Adib Jama’ain Abdul Murad. Teks asal buku ini ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang, kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amal berminat mendalam ilmu agama maka USTAZAH NORAINE ABU telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa ada sebaran pindaan daripada teks asal, agar- mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal. Dengan ini, tafsir ini diharapkan dapat mencapai yang tinggi dan mulia, iaitu menyampaikan maksud firman Allah Ta’ala melalui manhaj yang lurus yang juga dapat memberi manfa’at kepada setiap pembaca.

ISBN-13: 978-983-0996-40-0

Tuesday 12 July 2016

Kitab Sairus Salikin (Rumi)

Harga:
Rm200 satu set (4 jilid)
Rm50 jilid 1
Rm50 jilid 2
Rm45 jilid 3
Rm55 jilid 4

Kitab ini Sairus Salikin (perjalanan Orang Yang Salik Kepada Allah) telah diberi berkat oleh Allah Taala sehingga ia terus dibaca di pondok-pondok, di surau dan di masjid2 sebagai teks bacaan orang ramai. Disamping telah terbukti pula kesan baik yang timbul pada setiap orang yang mentalaahnya dengan niat mencari ilmu yang bermanafaat. Ini semuanya menunjukkan kepada kita akan keikhlasan pengarangnya.

Melalui bacaan kitab ini masyarakat awam di rantau Nusantara ini dapat memahami pemikiran Imam Al Ghazali secara dekat sejak lebih 200 tahun yg lalu. Mengikut Sheikh Abdud Samad al Falimbani bahawa apa yg terkandung dalam kitab ini sudah memadai bagi memenuhi kewajiban menuntuk ilmu yang fardu ain atau ilmu yang bermanafaat yang diwajibkan menuntutnya keatas keseluruhan umat islam

Friday 13 May 2016

Kitab Al Jawahir Al Saniyyah

al-Jawahir al-Saniyyah fi Syarh al-‘Aqaid al-‘Aliyyah wa Ahkaam al-Fiqh al-Mardhiyyah wa Thoriiq Suluuki at-Thoriqah al-Muhammadiyyah
( الجواهر السنية في شرح العقائد العلية وأحكام الفقه المرضية وطريق سلوك الطريقة المحمدية )

Harga Rm6.50

Karya yang dianggap muktabar di kalangan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ini merupakan sebuah karya al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani al-Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani رحمه الله. Menurut Syaikh Daud al-Fathani karya ini, beliau selesai menyusunnya pada waktu Dhuha, hari Itsnain, 16 Jamadilawwal 1252H/1836M, di Thaif.

Di dalam kitab ini Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani رحمه الله ada menjelaskan bahawa jalan yang sebenarnya itu hanya satu sahaja iaitu mengikut perjalanan Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana keempat-empat imam itu adalah muafakat pada usuluddin walaupun terdapat pertikaian pada furu’ syariah.

Mengenai orang yang mengatakan bahwa Allah Ta’ala bertempat, beliau berkata;

“ Dan barangsiapa menghinggakan dzat Allah Ta’ala pada tempat maka tiada syak ia kafirnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi dan barangsiapa menyabitkan bagi Allah jihat (arah) dengan ketiadaan dihinggakan dengan tempat yang tertentu maka tiada kafir, tetapi fasiq jua seperti berkata ia, Allah pada langit atau pada bumi dengan tiada terhingga pada tempat dan atas yang demikian itu …

(Kata Imam) Syafi’e نور الله ضريحه  barangsiapa meninggalkan 4 perkara ini sempurna imannya dian iaitu kam (كم) dan kaif (كيف) dan mata (متى) dan aina (أين). (Maka adapun) ‘kam’, maka ditanyakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan, maka jika dikata orang bagimu ‘كم الله’ yakni berapa Allah? Maka jawab olehmu Waahid yakni Esa pada dzatNYa dan pada sifatNya dan pada af’alNya. (Dan kaif) itu ditanya dengan dia daripada kaifiat, maka jika dikata orang bagimu ‘كيف الله؟’ yakni betapa Allah? Maka jawab olehmu tiada mengetahui seorang akan haqiqat dzat Allah melainkan Ia jua. (Dan mata) itu tiada dengan Dia daripada zaman. Maka jika dikata orang bagimu ‘متى الله؟’ ertinya manakala di dapat Allah? Maka jawab olehmu Allah itu awalNya tiada permulaan dan akhirnya tiada kesudahan. (Dan aina) tiada dengan Dia daripada makan (tempat). Maka jika dikatakan orang bagimu ‘أين الله؟’. Maka jawab olehmu, Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasNya masa, kerana zaman dan makan itu baharu keduanya …”

Menurut beliau رحمه الله juga, hendaklah menjauhkan diri daripada membenci kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, kerana tiada guna sekalian amal jika iktikadnya demikian itu. Bahawa sekalian sahabat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan para tabien adalah seumpama bintang-bintang yang dijadikan pedoman di darat dan laut bagi orang melakukan perjalanan (musafir).

Kata beliau رحمه الله, pada halaman 34 – 35;

“ Ketahui olehmu! Hendaklah kamu jauhkan daripada bidaah seperti kaum yang sesat. Orang yang menyalahi Ahlus Sunnah iaitu bidaah namanya. Selain dari bidaah wajib dan bidaah sunat, lontarkanlah ia daripada dirimu ”.

“Janganlah engkau dengar banyak perkataannya, kerana mereka orang yang buta mata hatinya iaitu tidak beroleh nyata melihat rahsia ilmu melainkan dia adalah di dalam kesesatan. Tiap-tiap yang mempunyai bidaah itu kalau dia mengaku berpengetahuan tinggi martabatnya seperti bintang Zuhal sekalipun janganlah didengar perkataannya itu ”.

Kitab Ziarah Ke Alam Barzakh

Harga Rm40

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Sunday 7 February 2016

Kitab Samudera Al Fatihah

Harga Rm28

Surat Al-Fatihah dinamai UMMUL KITAB (Induk Kitab). Sebagian ulama menganggapnya sebagai kesimpulan dari Al-Qur'an. Allah memerintahkan untuk membacanya paling kurang 17 kali dalam sehari, yaitu pada setiap rakaat shalat wajib yang kita lakukan. Hal ini menunjukkan keagungan dan kehebatan kandungan (isi) dari Surat Al-Fatihah. Adalah menyedihkan dan mengherankan sekali bila Surat yang kita baca beribu-ribu bahkan mungkin berjuta kali dalam hidup kita, tidak kita pahami isinya. H. Bey Arifin, mencoba membedah isi kandungan Surat Al-Fatihah secara mendalam dengan gaya bahasa yang mudah dicerna dan dipahami. Walaupun hanya terdiri dari 7 ayat, namun isi kandungannya bagaikan samudera luas yang tiada terbatas. Semakin diselami, semakin tampak mutiara-mutiara ilmu yang berada di dalamnya

Kitab Tafsir Pimpinan Al Rahman


Harga Rm55

Kitab Bustanul Arifin

Kitab "Bustanul 'Arifin" karangan Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala ini telah mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan para ulama, kerana kandungannya sesuai dengan namanya, iaitu "Bustanul 'Arifin" yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala". Ia sangat banyak mengandungi nasihat dan pelajaran yang berharga, terutama bagi mereka yang berusaha menuju ke arah ma'rifatullah yang sebenar.

Apa yang diharapkan, semoga terjemahan ini dapat memudahkan sahabat-sahabat kita dalam mengambil faedah daripada kandungannya yang sangat berharga itu, untuk menerangi jalan yang mereka tempuh ke arah ma'rifatullah, yang sangat memerlukan kepada ilmu, mujahadah dan kesabaran, dan semoga Allah Taala memberikan pahala kepada penterjemahnya. Amin.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 168
Penulis = Imam An-Nawawi
Penterjemah = Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
Penerbit = Khazanah Banjariah

Sunday 17 January 2016

Kitab I'itiqad Ahlussunnah Wal-Jama'ah

Harga Rm25

Adalah menjadi suatu kewajipan mutlak bagi setiap orang Islam dewasa ini, dimana banyaknya simpang siur fahaman dan kepercayaan dalam masyarakat untuk memperbaiki diri masing-masing.
Harus ditanyakan kepada diri sendiri apakah kefahamam yang kita anuti sekarang, kefahamam dan iktiqad seperti yang dianuti Nabi dan sahabat2 beliau atau tidak? Dimanakah kita berdiri? Termasuk golongan manakah kita?
Buku iktiqad ahlu sunah wal jamaah ini memberi penerangan secara jelas kebenaran fahamam ahlu sunah wal jamaah yang dianuti oleh majoriti  umat Islam di Malaysia, Indonesia , Brunei, Singapore dan lain2. Ia juga mengupas kesalahan2 fahamam kaum syiah, mutaazilah, qadariah, jabariah dan lain2

Wednesday 2 December 2015

Kitab Furu' Masailk

Harga RM44 (2 Jilid)

Kitab Furu’ al-Masail (فروع المسائل) atau judul penuhnya Furu’ al-Masail wa Ushul al-Wasail (فروع المسائل وأصول الوسائل) merupakan sebuah karya seorang tokoh ulama terkenal dari ‘Alam Melayu, iaitual-‘Allamah al-Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani (1265H). Beliau merupakan seorang ulama Nusantara dari Wilayah Patani yang terkenal dengan banyak karya tulisnya dalam berbagai bidang ilmu agama. Kitab Furu’ al-Masail ini begitu terkenal di kalangan ulama dan penuntut ilmu, khususnya dalam bidang fiqh mazhab Syafi’i di Nusantara. Ia menjadi kitab rujukan dan teks pembelajaran di masjid-masjid dan pondok-pondok.

Kitab I'tanah Thalibin

I’anah Ath-Thalibin
Harga RM 78 (4 Jilid)

Kitab karya Sayyid Abu Bakar Muhammad Syatha ad-Dimyathi, ini adalah salah satu kitab yang menjadi rujukan primer bagi pengikut madzhab Syafi’i di nusantara.

Abu Bakar Muhammad Syatha adalah salah satu ulama besar bermazhab Syafi’i yang hidup pada akhir abad ke-13 H dan permulaan abad ke-14 H. Latar belakang penulisan kitab ini seperti dituturkan pengarang da^lam muqaddimah kitab ini berawal ketika beliau menjadi pengajar kitab syarah Fath al-Mu’in di Masjidil Haram.

Selama mengajar itulah beliau menulis catatan pinggir untuk mengurai kedalaman makna kitab Fathul mu’in yang penting diingat dan perlu diketahui sebagai pendekatan dalam memahami. Lalu, sesuai penuturan beliau, beberapa sahabat beliau memintanya untuk mengumpulkan catatan itu dan melengkapinya untuk kemudian dijadikan satu kitab (hasyiyah) yang pada akhirnya bisa lebih bermanfaat untuk kalangan yang lebih luas.

Tuesday 29 September 2015

Kitab Ana Al-Haq

Ana Al-Haq

Harga rm12
wasap ke 0132372864

Buku ini yang diterjemahkan daripada buku yang berjudul The Secret of Ana'l-Haqq mengandungi 300 Irsyadat (kata-kata) Syeikh Muhammad Ibrahim Gazur-i-IIahi. Irsyadat tersebut sukar difahami sekiranya seseorang itu tidak ada pengetahuan tentang ilmunya.

Irsyadat ini adalah sebagai alat untuk menyampaikan apa yang ada dalam fikiran. Bagaimanapun kata-kata itu mungkin tidak dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran dengan tepat dan hanyalah sebagai gambaran sahaja. Oleh itu terpulanglah kepada pembaca untuk mencari orang yang ditunjukkan dalam gambaran itu.

Bagaimanapun jika pembaca menganggotai sebarang aliran tarekat sufiah dan dibimbing oleh guru yang mursyid, pembaca mungkin dengan mudah memahami Irsyadat tersebut. Jika tidak pembaca hendaklah mencuba memahaminya dengan berfikir dan merenung secara mendalam. Jika ada yang bertentangan dan berlawanan dengan mantik, janganlah dikatakan tidak betul. Hal ini kerana orang sufi dapat memandang ke sebalik yang tersurat, tersirat dan berbagai lagi

Saturday 26 September 2015

Kitab Qamarul Huda

Qamarul Huda (Bulan Petunjuk)
Harga Rm10.90
Synopsis :

Adapun Alam Hakikat itulah yang dinamakan "Ilmu Kaum Sufi". Maka ini bererti
ilmulah sahaja yang dapat menyampaikan kita kepada pengetahuan Tuhan kita
dan diri kita. Sehingga dikatakan sudah terbentang beberapa nas yang begitu jelas
dan terang daripada beberapa buah kitab seperti Al-Fatwa al-Haditsiyyah oleh Al-'Arif
billah Syeikh Ibnu Hajar dan lain-lain yang melarang sama sekali muthala'ah kitab kaum
Sufi.
Ini bukan bererti dilarang kepada orang-orang ahlinya mengarang atau mengajar atau
mempelajarinya tetapi sesungghnya sudah menjadi kewajipan orang-orang seumpama
itu menghidupkan "Ilmu Kaum Sufi" (Alam Hakikat) itu kerana sudah hampir pupus
dan tidak ada ahlinya lagi.

Tuesday 26 May 2015

Kitab Al jawahir as Sufiyah

al-Jawahir al-Shufiyyah

Kitab al-Jawahir al-Sufiah merupakan karya seorang ulama terkenal dari negeri Kedah, Dato' Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.

Dalam buku al-Jawahir al-Sufiah ini, penyusun telah membuat huraian dan kupasan yang mendalam bagi kitab ‘Qathr al-Ghaithiyyah fi ‘Ilm al-Shufiyyah ‘ala Syari’ah Muhammadiyyah’ yang ditulis  oleh Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari, yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husin Kedah bagi memudahkan kefahaman kepada masyarakat masa kini.

Buku ini telah disunting oleh Prof. Madya Dr. Abdul Basir Bin Haji Mohamad, dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan diterbitkan oleh Mahzum Book Services, batu Caves Selangor pada tahun 2009. Tebal buku ini merangkumi 116 halaman.

Perbincangan buku ini ditumpukan kepada tajuk-tajuk asas dalam bidang ilmu tasawuf bagi memberi gambaran awal maksud ilmu tersebut. Pendedahan sebegini dapat membantu masyarakat awam dalam memahami secara baik dan tersusun persoalan berkatan ilmu tasawuf. Perbincangan ilmu tasawuf diberi penumpuan dalam beberapa tajuk asas dengan dilengkapi empat fasal. Antara tajuk-tajuk penting ialah dasar ilmu tasawuf, nas-nas asas ilmu tasawuf, mushahadah, sifat ahli tasawuf, faktor penghalang ahli tasawuf untuk beribadat kepada Allah SWT dan hal ehwal berkaitan dengan maqam, adab bersuluk dan cara bersuluk. Justeru, buku kecil ini sangat sesuai untuk ditatapi dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu tasawuf.

Selamat membaca

Wednesday 22 April 2015

Kitab Cahaya Abadi

Harga RM50
Keterangan Buku :

Sebuah rentetan sejarah seluruh kehidupan Rasulullah S.A.W dari saat kelahiran hinggalah Baginda wafat, selama lebih enam dekad. Seememangnya, tempoh perjuangan dalam menegakkan agama Allah dari peringkat awal sehingga akhir hayatnya penuh dengan segala macam ranjau dan rintangan, kekacauan, keringat dan air mata, ujian, perturnpahan darah serta konflik. Mengalami pelbagai ujian kecil atau besar, sebaik sahaja Baginda ditauliahkan sebagai Rasul atau lebih tepat ketika Baginda mula menerima wahyu pertama. Bertitik tolak dari peristiwa itu, bermulalah risalah dan utusan suci diterjemahkan kepada kegiatan dakwah yang diilhamkan Allah S.W.T disampaikan kepada sekumpulan kecil individu dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat di Kota Mekah. Di situlah cahaya dan hidayah Islam mula bertapak lantas terpancar dengan cara yang paling sederhana. Sedikit demi sedikit sinaran cahaya abadi terpancar ke seluruh bumi Arab dan wilayah sekitarnya. Diterima rarnai dan menolak segala amalan jahiliyah yang masih menebal di kalangan masyarakat Arab.
Penulisnya, Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri seorang sarjana Islam yang berjaya meraih kemenangan cemerlang dalam satu pertandingan antarabangsa, melalui tulisan mengenai riwayat hidup Rasulullah S.A.W. Beliau memulakan tulisan dengan pendekatan geografi di muka bumi tandus lagi gersang, perkembangan pra-sejarah yang primitif hingga ke zaman dakwah Nabi Ibrahim. Terkandung unsur-unsur antropologi bila membicarakon asal-usul bangsa Arab yang diwarnai pergolakan politik dalam merebut kuasa. Pada mulanya antara kabilah dan berakhir apabila muncul beberapa kerajoan, bermula dengan kerajaan berdaulat Yaman.
Beliau amat teliti ketika membuat penyelidikan dan penafsiran apabila melihat kepada sumber fakta termasuk hadis dan Al-Qur'an, tidak dinafikan konsep persejarahan yang disokong oleh beberapa ayat Al-Qur'an hampir menyamai Asbabul-Nuzul, merupakan satu percubaan yang terpuji. Sementara terjemahan dalam Bahasa Melayu mengundang pembaca untuk memahaminya dalam bahasa yang paling mudah sekalipun terdapat di sana sini konsep penghayatan iman, takwa dan aqidah yang boleh dianggap agak berat.
Tajuk asalnya "AR-RAHEEQ AL-MAKTUM" membawa makna "Minuman Dari Khamar Murni" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffihin ayat ke-25. Tetapi dalam Bahasa Melayu diterjemahkan secara mudah dengan nama "CAHAYA YANG ABADI”. Dengan keyakinan bahawa Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia oleh Rasulullah S.A.W menepati konsep kandungan kitab bahawa Islam adalah cahaya yang sentiasa bersinar serta kekal abadi.

Thursday 19 March 2015

Kitab Bicara Sufi



Harga RM13.00


Kitab ini membicarakan tentang pendapat dan pandangan syeikh-syeikh sufi yang besar dan termasyhur di zaman silam seperti Syeikh Ibnu Arabi, Syeikh Abd Qadir Al-Jailani, Syeikh Jalaludin Rumi, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Mansur A-Hallaj, Syeikh Awhaduddin al-Balyani, Syeikh Abdul Ghani an Nabulusi dan lain-lain lagi berkaitan dengan keruhanian dan ketuhanan, yang di petik daripada kitab-kitab karangan mereka yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu.


Sedutan Kitab

Bahagian ke 11


Allah Berada Dalam Seruan Kita

Adalah diceritakan oleh Syeikh Jalaludin Rumi dalam kitabnya berjudul Mathnawi, bahawa suatu malam seorang hamba Allah menyeru dan berzikir dengan menyebut nama "Allah, Allah, Allah" beribu kali. Maka datanglah Iblis kepada hamba Allah itu lalu membisikkan kepadanya, "Wahai orang yang banyak bercakap, pernahkah Allah menjawab "Aku disini" tak kala engkau memanggilNya atau menyebut namaNya? Bukankah tidak ada satu jawapan pun yang engkau dengar? Berapa lama lagikah engkau hendak menyebut nama Allah itu? Bukankah sia-sia sahaja kerja engkau itu?


Si hamba Allah ini pun lalu terpengaruh dengan kata-kata itu. Ternyata bisikan iblis itu masuk juga pada akalnya, dan terasa juga ia akan kebenaran kata-kata itu. lalu ia pun tidur. Dalam tidur itu dia bermimpi bertemu dengan nabi Khaidir. Nabi Khaidir berkata kepadanya, "kenapa engkau berhenti memuji dan menyeru nama Allah? Tidakkah engkau mahu menyebut dan berzikir kepadaNya lagi?"


Si hamba Allah itu pun menjawab, "Aku tidak pernah mendengar jawapan yang mengatakan "Aku disini" daripada Allah. Adakah Allah benci kepadaku?"


Nabi Khaidir berkata "Itu anggapan yang salah. Allah telah berkata bahawa sebutan "Allah" engkau itu adalah jawapan bagi "Aku disini" daripada Allah. Di sebalik setiap seruan "Allah" yang kamu sebut itu, setiap itu pula terdapat jawapan "Aku disini" daripadaNya.


Demikianlah di ceritakan oleh syeikh Jalaludin Rumi. Syeikh besar dari Persia. Mudah-mudahan cerita ini meniup semangat kepada kita untuk terus berzikir kepadaNya.

Saturday 14 March 2015

Kitab 40 Masalah Agama (siri 1)

Harga RM25
Kitab ini membahaskan secara ilmiah beberapa persoalan yang timbul dewasa ini. Masalah2 ini adalah:
1. Masalah zikir dan doa
2. Masalah Israk dan Mikraj
3. Masalah Bismillah dalam fatihah
4. Masalah tawassul dalam mendoa
5. masalah qunut dalam sembahyang subuh
6. Masalah Hadiah pahala
7. Masalah hisab dan rukyah
8. Masalah talaq tiga sekaligus
Masalah Hadiah pahala
Berbagai pendapat ustaz2 dan penceramah2 dikebelakangan ini memfatwakan bahawa menghadiahkan pahala tahlil, pahala wakaf, pahala bacaan ayat Quran, sedekah dan lain2 sebagainya kepada kaum kerabat yang telah meninggal dunia, adalah tidak berfaedah dan tidak sampai kepadanya, sia2 sahaja.
Ada pula fatwa yang lebih tajam dari itu, yang menyatakan bahawa pekerjaan itu bidaah, haram, masuk neraka kerana tiada dalil dari Quran dan hadis. Ulamak2 tua serta kaum muslimi menjadi goncang kerana fatwa ini berlainan dari yang selalu didengar, berlainan dari amal ibadat yang dikerjakan setiap hari dan bahkan berlainan dari iktikad dan kepercayaan yang dianutinya.
Pahala amal kebajikan yang didapati oleh yang mengerjakan dan sudah berada dalam simpanannya bolehkah dihadiahkan kepada orang lain? seumpamanya kepada ibubapa, kepada karibnya, kepada saudaranya baik yang dah mati atau yang masih hidup dan apakah bermanafaat kepadanya di akhirat.
Kaum ahlu sunnah wa jamaah mempercayai bahawa hai itu boleh dilakukan dan orang yang diberi hadiah pahala itu mendapat faedah di akhirat nanti.
Dalam buku ini disertakan 18 dalil yang menyatakan boleh dan 4 dalil yang menyatakan tidak boleh serta jawapan kepada persoalannya serta juga 27 kesimpulan diantaranya:
4. Malaikat2 ada yang mendoakan minta ampun orang yang dibumi, dan doanya dimakbulkan.
9. Hutang ibadat haji boleh dibayar oleh ahli warisnya
14. Menyembahyangkan jenazah dan mendoaakan jenazah berfaedah kepada yang disembahyangkan itu.
wallahu a'lam 



Kitab Tarekat Dalam Tasawwuf

Harga Rm7.00

Bab Ke Sembilan Zikir Dan Tarekat

Salah satu bahagian yang terpenting dalam tarekat ialah zikir. Zikir ertinya mengingat kepada tuhan, tapi dalam tarekat mengingat kepada tuhan itu dibantu dengan bermacam-macam ucapan, yang menyebut nama Allah atau sifatNya atau kata2 yang mengingatkan mereka kepada Allah.

Ahli2 tarekat berkeyakinan, bahawa lahir dan batin sentiasa diawasi Allah, maka hamba Allah itu akan menjadi manusia yang benar kerana selalu ada dalam keadaan memperhambakan dirinya kepada Allah.

Lalu zikir bererti menyebut2 nam Allah atau makrifat Allah yang pada keyakinan mereka itu akan melahirkan sifat takut dan kasih kepada Allah. Pada keyakinan golongan tarekat tiap2 manusia tidak terlepas dari 4 perkara: nikmat, bala, taat dan dosa selama manusia itu mempunyai nafsu yang turun naik mestilah ia mengerjakan salah satu dari yang empat tersebut.








Friday 23 January 2015

Kitab Matlail Badrin

Harga rm5.00

Kitab jamak fawaid

Harga RM14

Kitab Bulughul Maram (Jawi)



Harga rm6 (jawi) Rm60 (rumi)

Sebuah kitab yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi oleh seorang ulama nusantara terkenal Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Kitab ini begitu popular sekali disyarahkan dalam pengajian di sekolah-sekolah pondok dan juga di masjid atau madrasah. Bicara utama yang dibahaskan di dalam kitab ini adalah sekitar persoalan fikah dan hukum syarak yang didasarkan kepada hadits-hadits Rasulullah S.A.W. Dalil-dalil hukum syarak dikumpulkan dan dikategorikan mengikut bab-bab perbincangan.
Buku ini asalnya yang ditulis dalam tulisan Jawi telah dialihkan tulisannya kepada tulisan Rumi tanpa mengubah susun kata ataupun perkataannya. Ini adalah bagi memudahkan generasi sekarang untuk mengikuti kelas atau pengajian syarah kitab ini yang masih menggunakan naskhah kitab asal. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang menggunakan kitab Jawi untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kurang pasti dari segi sebutan dan maksudnya.
Usaha mencerahkan semula hasil tulisan ulama dan ilmuan berpengaruh nusantara ini adalah untuk menyuburkan dan menyebar luaskan khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama nusantara terdahulu yang begitu besar sekali sumbangan mereka dalam memartabatkan agama dan bangsa. Semoga dengan adanya buku seumpama ini sebaran cahaya ilmu ini akan terus menerangi generasi-generasi sekarang dan akan datang.

Kitab Minhaju Salam


Kitab Basyaroh Alamalin

Inilah kitab yang bernama Basyaroh Alamalin karangan al Alim tuan guru Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al Fatani diantara isi kandungannya:

1. muqadimah pada kelebihan ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya
2. Pada menyatakan kelebihan segala sembahyang dan sembahyang berjemaah dan siksa orang yang meninggal akan dia
3. Pada menyatakan kelebihan puasa dan kelebihan bulan ramadhan dan kelebihan malam lailatul qadar
4. Pada menyatakan kelebihan haji dan umrah
5. Pada menyatakan kelebihan sedekah dan siksa orang yang menegahkan zakat
6. Pada menyatakan siksa orang yang memakan riba dan mencuri dan mengurangkan pada sukatan
7. Pada menyatakan siksa zina dan kasih akan muda belia
8. Pada menyatakan siksa orang yang minum arak
9. Pada menyatakan siksa orang yang membunuhkan orang
10. Pada menyatakan kelebihan berbuat kebajikan akan dua ibubapa dan siksa menderhakakan keduanya dan pada menyatakan hak anak atas keduanya
11. Pada menyatakan suruh syarak dengan menghubungkan Rahim dan diharamkan memutus akan dia
12. Pada menyatakan kelebihan berbuat baik pada isteri dan beberapa hak atas suami
13. Pada menyatakan menjaga lidah dan menjauhkan dusta
14. Pada menyatakan elok perangai dengan segala perangai yang baik
15. Pada menyatakan pemerintah berlemah lembut kepada rakyat 

Harga: RM 3.10

Kitab Anuwan Alfalah



Inilah kitab yang bernama Anuan Al Falah karangan al Alim al Alamak al Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al Fatani pada ilmu tauhid dan Ilmu feqah dan adat perangai yang elok dan ilmu pergaulan diantara isi kandungannya
1. muqadimah pada kelebihan ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya
2. Pada menyatakan bab Taharah 
3. Pada menyatakan Bab Solat
4. Pada menyatakan Bab Zakat
5. Pada menyatakan Bab Puasa
6. Pada menyatakan Bab Haji dan Umrah
7. Pada menyatakan Bab Sembelihan dan makanan
8. Pada menyatakan Bab Bersumpah dan nazar
9. Pada menyatakan Bab Kira Bicara
10. Pada menyatakan Bab Membahagi Pusaka
11. Pada menyatakan Bab Bicara Nikah
12. Pada menyatakan Bab Segala Dosa besar serta Dera nya (siksaannya)
13. Pada menyatakan Bab Beberapa Kebajikan
14. Pada menyatakan Katamah Pada menyatakan berperangai dengan segala perangai yang baik

Harga: RM 3.10