Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Thursday 8 March 2012

Kitab Sirajul Huda

Harga RM2.20(Jawi)
Harga RM 14.00 (Rumi)

Pengarang : Alim Al-Allamah Al-Syeikh Iman Bahjah Di Al-Islam
Alih Tulisan Jawi ke Rumi
Muka Surat: 207
Keterangan Buku :
Kitab Sirajul Huda adalah kitab lama atau kitab kuning yang membicarakan bab asas ilmu tauhid. Kitab ini disyarahkan di majlis-majlis ilmu di masjid, surau atau di institusi pengajian agarna khususnya, pengajian pondok. Kitab ini dianggap sebagai rujukan asas permulaan dan pertengahan pengajian ilmu tauhid.
Untuk memberikan ruang kepada pencinta ilmu tetapi kurang mahir dalam tulisan Jawi, maka kitab ini telah dialih tulisan kepada tulisan Rumi. Pengalihan tulisan ini tidak mengubah teks asal kitab tersebut. Namun begitu disertakan nota kaki berdasarkan penerangan dan syarah kitab ini yang telah diikuti oleh pengalihan Tulisan Ustazah Noraine Abu di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Salleh bin Musa di Pondok Ar-Rahmaniah Sik, Kedah.
Semoga dengan usaha ini akan menyubur dan menyebar luaskan lagi ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh ulama-ulama terdahulu. Dan kita sama-sama meraih keredhaan dan sentiasa limpahi dengan cahaya hidayah Allah S.W.T.

2 comments:

  1. Assalamualaikum....sya mau pesan kitab ni apakah masih tersedia...??

    ReplyDelete
  2. Di kitab rumi... Ada hasiyah...macam kitab asal ke...?

    ReplyDelete