Bagi Nabi Shohibut Taaj saw
Waala Aalihi Wasohbihi
Maadamati Annujuumi
Fil Abrooj
Antara Cerita Dari Kitab
Kanak-kanak yang boleh berkata2
semasa kecil
Kanak-kanak yang boleh berkata2
semasa kecil didalam bumi ini ada sepuluh orang:
1. Nabi
Muhammad (Nabi saw itu tatkala
keluar dari perut ibunya bersin ia maka mengucap ia Alhamdulillah maka menyahut
segala Malaikat dengan katanya Yarhamukallah (Dan) pada satu riwayat awal
perkataan Nabi tatkala keluarnya itu ( Allaahuakbar kabirau walhamdulillaahi
katsiirau wasubhaanallaahi bukratau waashiila )
2. Nabi
Yahya (Nabi Yahya bahwa ia
menaik saksi bagi Nabi Isa padahal umurnya setahun dan sebulan dengan katanya
(Asyhaduannaka Abdullah Warasuuluhu))
3. Nabi
Isa (Nabi Isa seperti yang
tersebut didalam Qur’an tatkala keluar daripada perut ibunya kemudian daripada
saat hawa dengan katanya: ( Inni Abdullah Anaanil Kitaabi Waj’alnii Nabiiya )
4. Nabi
Ibrahim Alhalil (Nabi Ibrahim
tatkala keluar ia dari pada perut ibunya bangun berdiri ia atas dua kakinya
berkata ia: (Laailaahaillallah Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Walahul
Hamdu Lillaahil Ladzii Hadaana)
5. Siti
Maryam (Siti Maryam itu
seperti yang tersebut dalam Qur’an dengan katanya menjawab bagi pertanyaan Nabi
Zakaria dengan katanya: dari mana buah kayu yang bukan musimnya ? maka jawab
Siti Maryam padahal umurnya tengah dua tahun)
6. Kanak-kanak
yang melepaskan bagi Juraij (yang
melepaskan Juraij tatkala dituduh orang akan berzina dan anak ini ia empunya
anak, maka bertanya Juraij itu akan kanak-kanak itu maka sahut ia aku anak
sianu gembala kambing)
7. Kanak-kanak
yang menaik saksi bagi Yusuf ( Syahid
Yusuf itu seperti yang tersebut didalam Qur’an dengan firmannya ( ) hingga
akhir ayat )
8. kanak-kanak
pada Ukhdud (Thifla ukhdud itu
adalah seorang raja yang zalim ia menyala-nyalakan api didalam lubang yang
besar memasukkan segala manusia yang tiada mengikut agamanya kafir itu kedalam
api itu, maka ada satu perempuan ada baginya anak yang kecil umurnya tujuh
bulan padahal benci ia akan dijatuhkan kedalam api itu, maka berkata anak itu:
Hai ibuku jangan engkau terkejut maka bahwasanya engkau atas jalan yang betul)
9. Anak
pada Masyithah pada zaman Firaun
( anak Masyithah itu telah terdahulu sebutnya )
10. Mubarak pada zaman Nabi yang Hadi Muhammad saw (Mubarak itu
yaitu bahwasanya satu perempuan datang kepada Nabi saw dengan satu anaknya yang
kecil maka mengambil Nabi ia akan anaknya didudukkan pada ribanya maka bersabda
Nabi saw dengan sabdanya: Hai ghulam siapa aku ini maka sembah ghulam itu
dengan katanya engkaulah Rasulullah yang sebenarnya maka dapat kemenangan bagi
mereka yang mengikut akan dikau dan binasa bagi mereka yang menyalahi akan
dikau, maka dinamakan dia anak itu Mubarak Yamamah Wallaahu a’lam bissadaad)
Tuan tuan boleh lihat terjemahannya disini
Harga RM2.00 (Jawi)
RM 9.00 (Rumi)
No comments:
Post a Comment