Harga
RM13.00
Kitab ini membicarakan tentang pendapat dan pandangan syeikh-syeikh sufi
yang besar dan termasyhur di zaman silam seperti Syeikh Ibnu Arabi, Syeikh Abd
Qadir Al-Jailani, Syeikh Jalaludin Rumi, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Mansur
A-Hallaj, Syeikh Awhaduddin al-Balyani, Syeikh Abdul Ghani an Nabulusi dan
lain-lain lagi berkaitan dengan keruhanian dan ketuhanan, yang di petik
daripada kitab-kitab karangan mereka yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu.
Sedutan Kitab
Bahagian ke
11
Allah Berada
Dalam Seruan Kita
Adalah diceritakan oleh Syeikh Jalaludin Rumi dalam kitabnya berjudul Mathnawi, bahawa suatu malam seorang hamba Allah menyeru dan berzikir dengan menyebut nama "Allah, Allah, Allah" beribu kali. Maka datanglah Iblis kepada hamba Allah itu lalu membisikkan kepadanya, "Wahai orang yang banyak bercakap, pernahkah Allah menjawab "Aku disini" tak kala engkau memanggilNya atau menyebut namaNya? Bukankah tidak ada satu jawapan pun yang engkau dengar? Berapa lama lagikah engkau hendak menyebut nama Allah itu? Bukankah sia-sia sahaja kerja engkau itu?
Si hamba Allah ini pun lalu terpengaruh dengan kata-kata itu. Ternyata
bisikan iblis itu masuk juga pada akalnya, dan terasa juga ia akan kebenaran
kata-kata itu. lalu ia pun tidur. Dalam tidur itu dia bermimpi bertemu dengan
nabi Khaidir. Nabi Khaidir berkata kepadanya, "kenapa engkau berhenti
memuji dan menyeru nama Allah? Tidakkah engkau mahu menyebut dan berzikir
kepadaNya lagi?"
Si hamba Allah itu pun menjawab, "Aku tidak pernah mendengar
jawapan yang mengatakan "Aku disini" daripada Allah. Adakah Allah
benci kepadaku?"
Nabi Khaidir berkata "Itu anggapan yang salah. Allah telah berkata
bahawa sebutan "Allah" engkau itu adalah jawapan bagi "Aku
disini" daripada Allah. Di sebalik setiap seruan "Allah" yang
kamu sebut itu, setiap itu pula terdapat jawapan "Aku disini"
daripadaNya.
Demikianlah di ceritakan oleh syeikh Jalaludin Rumi. Syeikh besar dari
Persia. Mudah-mudahan cerita ini meniup semangat kepada kita untuk terus
berzikir kepadaNya.
No comments:
Post a Comment