Qamarul Huda (Bulan Petunjuk)
Harga Rm10.90
Synopsis :
Adapun Alam Hakikat itulah yang dinamakan "Ilmu Kaum Sufi". Maka ini bererti
ilmulah sahaja yang dapat menyampaikan kita kepada pengetahuan Tuhan kita
dan diri kita. Sehingga dikatakan sudah terbentang beberapa nas yang begitu jelas
dan terang daripada beberapa buah kitab seperti Al-Fatwa al-Haditsiyyah oleh Al-'Arif
billah Syeikh Ibnu Hajar dan lain-lain yang melarang sama sekali muthala'ah kitab kaum
Sufi.
Ini bukan bererti dilarang kepada orang-orang ahlinya mengarang atau mengajar atau
mempelajarinya tetapi sesungghnya sudah menjadi kewajipan orang-orang seumpama
itu menghidupkan "Ilmu Kaum Sufi" (Alam Hakikat) itu kerana sudah hampir pupus
dan tidak ada ahlinya lagi.
Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.
Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)
Maybank: 105122072445,
BSN: 05115-41-00008604-1
CIMB: 7615328124
Saturday, 26 September 2015
Sunday, 17 May 2015
Friday, 15 May 2015
Saturday, 2 May 2015
Sunday, 26 April 2015
Thursday, 19 March 2015
Kitab Bicara Sufi
Harga
RM13.00
Kitab ini membicarakan tentang pendapat dan pandangan syeikh-syeikh sufi
yang besar dan termasyhur di zaman silam seperti Syeikh Ibnu Arabi, Syeikh Abd
Qadir Al-Jailani, Syeikh Jalaludin Rumi, Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Mansur
A-Hallaj, Syeikh Awhaduddin al-Balyani, Syeikh Abdul Ghani an Nabulusi dan
lain-lain lagi berkaitan dengan keruhanian dan ketuhanan, yang di petik
daripada kitab-kitab karangan mereka yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu.
Sedutan Kitab
Bahagian ke
11
Allah Berada
Dalam Seruan Kita
Adalah diceritakan oleh Syeikh Jalaludin Rumi dalam kitabnya berjudul Mathnawi, bahawa suatu malam seorang hamba Allah menyeru dan berzikir dengan menyebut nama "Allah, Allah, Allah" beribu kali. Maka datanglah Iblis kepada hamba Allah itu lalu membisikkan kepadanya, "Wahai orang yang banyak bercakap, pernahkah Allah menjawab "Aku disini" tak kala engkau memanggilNya atau menyebut namaNya? Bukankah tidak ada satu jawapan pun yang engkau dengar? Berapa lama lagikah engkau hendak menyebut nama Allah itu? Bukankah sia-sia sahaja kerja engkau itu?
Si hamba Allah ini pun lalu terpengaruh dengan kata-kata itu. Ternyata
bisikan iblis itu masuk juga pada akalnya, dan terasa juga ia akan kebenaran
kata-kata itu. lalu ia pun tidur. Dalam tidur itu dia bermimpi bertemu dengan
nabi Khaidir. Nabi Khaidir berkata kepadanya, "kenapa engkau berhenti
memuji dan menyeru nama Allah? Tidakkah engkau mahu menyebut dan berzikir
kepadaNya lagi?"
Si hamba Allah itu pun menjawab, "Aku tidak pernah mendengar
jawapan yang mengatakan "Aku disini" daripada Allah. Adakah Allah
benci kepadaku?"
Nabi Khaidir berkata "Itu anggapan yang salah. Allah telah berkata
bahawa sebutan "Allah" engkau itu adalah jawapan bagi "Aku
disini" daripada Allah. Di sebalik setiap seruan "Allah" yang
kamu sebut itu, setiap itu pula terdapat jawapan "Aku disini"
daripadaNya.
Demikianlah di ceritakan oleh syeikh Jalaludin Rumi. Syeikh besar dari
Persia. Mudah-mudahan cerita ini meniup semangat kepada kita untuk terus
berzikir kepadaNya.
Saturday, 14 March 2015
Kitab 40 Masalah Agama (siri 1)
Kitab ini membahaskan secara ilmiah beberapa persoalan yang timbul dewasa ini. Masalah2 ini adalah:
1. Masalah zikir dan doa
2. Masalah Israk dan Mikraj
3. Masalah Bismillah dalam fatihah
4. Masalah tawassul dalam mendoa
5. masalah qunut dalam sembahyang subuh
6. Masalah Hadiah pahala
7. Masalah hisab dan rukyah
8. Masalah talaq tiga sekaligus
Masalah Hadiah pahala
Berbagai pendapat ustaz2 dan penceramah2 dikebelakangan ini memfatwakan bahawa menghadiahkan pahala tahlil, pahala wakaf, pahala bacaan ayat Quran, sedekah dan lain2 sebagainya kepada kaum kerabat yang telah meninggal dunia, adalah tidak berfaedah dan tidak sampai kepadanya, sia2 sahaja.
Ada pula fatwa yang lebih tajam dari itu, yang menyatakan bahawa pekerjaan itu bidaah, haram, masuk neraka kerana tiada dalil dari Quran dan hadis. Ulamak2 tua serta kaum muslimi menjadi goncang kerana fatwa ini berlainan dari yang selalu didengar, berlainan dari amal ibadat yang dikerjakan setiap hari dan bahkan berlainan dari iktikad dan kepercayaan yang dianutinya.
Pahala amal kebajikan yang didapati oleh yang mengerjakan dan sudah berada dalam simpanannya bolehkah dihadiahkan kepada orang lain? seumpamanya kepada ibubapa, kepada karibnya, kepada saudaranya baik yang dah mati atau yang masih hidup dan apakah bermanafaat kepadanya di akhirat.
Kaum ahlu sunnah wa jamaah mempercayai bahawa hai itu boleh dilakukan dan orang yang diberi hadiah pahala itu mendapat faedah di akhirat nanti.
Dalam buku ini disertakan 18 dalil yang menyatakan boleh dan 4 dalil yang menyatakan tidak boleh serta jawapan kepada persoalannya serta juga 27 kesimpulan diantaranya:
4. Malaikat2 ada yang mendoakan minta ampun orang yang dibumi, dan doanya dimakbulkan.
9. Hutang ibadat haji boleh dibayar oleh ahli warisnya
14. Menyembahyangkan jenazah dan mendoaakan jenazah berfaedah kepada yang disembahyangkan itu.
wallahu a'lam
Kitab Tarekat Dalam Tasawwuf
Harga Rm7.00
Bab Ke Sembilan Zikir Dan Tarekat
Salah satu bahagian yang terpenting dalam tarekat ialah zikir. Zikir ertinya mengingat kepada tuhan, tapi dalam tarekat mengingat kepada tuhan itu dibantu dengan bermacam-macam ucapan, yang menyebut nama Allah atau sifatNya atau kata2 yang mengingatkan mereka kepada Allah.
Ahli2 tarekat berkeyakinan, bahawa lahir dan batin sentiasa diawasi Allah, maka hamba Allah itu akan menjadi manusia yang benar kerana selalu ada dalam keadaan memperhambakan dirinya kepada Allah.
Lalu zikir bererti menyebut2 nam Allah atau makrifat Allah yang pada keyakinan mereka itu akan melahirkan sifat takut dan kasih kepada Allah. Pada keyakinan golongan tarekat tiap2 manusia tidak terlepas dari 4 perkara: nikmat, bala, taat dan dosa selama manusia itu mempunyai nafsu yang turun naik mestilah ia mengerjakan salah satu dari yang empat tersebut.
Friday, 30 January 2015
Friday, 23 January 2015
Kitab Bulughul Maram (Jawi)
Harga rm6 (jawi) Rm60 (rumi)
Sebuah kitab yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi oleh seorang ulama nusantara terkenal Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Kitab ini begitu popular sekali disyarahkan dalam pengajian di sekolah-sekolah pondok dan juga di masjid atau madrasah. Bicara utama yang dibahaskan di dalam kitab ini adalah sekitar persoalan fikah dan hukum syarak yang didasarkan kepada hadits-hadits Rasulullah S.A.W. Dalil-dalil hukum syarak dikumpulkan dan dikategorikan mengikut bab-bab perbincangan.
Buku ini asalnya yang ditulis dalam tulisan Jawi telah dialihkan tulisannya kepada tulisan Rumi tanpa mengubah susun kata ataupun perkataannya. Ini adalah bagi memudahkan generasi sekarang untuk mengikuti kelas atau pengajian syarah kitab ini yang masih menggunakan naskhah kitab asal. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang menggunakan kitab Jawi untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kurang pasti dari segi sebutan dan maksudnya.Usaha mencerahkan semula hasil tulisan ulama dan ilmuan berpengaruh nusantara ini adalah untuk menyuburkan dan menyebar luaskan khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama nusantara terdahulu yang begitu besar sekali sumbangan mereka dalam memartabatkan agama dan bangsa. Semoga dengan adanya buku seumpama ini sebaran cahaya ilmu ini akan terus menerangi generasi-generasi sekarang dan akan datang.
Kitab Basyaroh Alamalin
Inilah kitab yang bernama Basyaroh Alamalin karangan al Alim tuan guru Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al Fatani diantara isi kandungannya:
1. muqadimah pada kelebihan ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya
2. Pada menyatakan kelebihan segala sembahyang dan sembahyang berjemaah dan siksa orang yang meninggal akan dia
3. Pada menyatakan kelebihan puasa dan kelebihan bulan ramadhan dan kelebihan malam lailatul qadar
4. Pada menyatakan kelebihan haji dan umrah
5. Pada menyatakan kelebihan sedekah dan siksa orang yang menegahkan zakat
6. Pada menyatakan siksa orang yang memakan riba dan mencuri dan mengurangkan pada sukatan
7. Pada menyatakan siksa zina dan kasih akan muda belia
8. Pada menyatakan siksa orang yang minum arak
9. Pada menyatakan siksa orang yang membunuhkan orang
10. Pada menyatakan kelebihan berbuat kebajikan akan dua ibubapa dan siksa menderhakakan keduanya dan pada menyatakan hak anak atas keduanya
11. Pada menyatakan suruh syarak dengan menghubungkan Rahim dan diharamkan memutus akan dia
12. Pada menyatakan kelebihan berbuat baik pada isteri dan beberapa hak atas suami
13. Pada menyatakan menjaga lidah dan menjauhkan dusta
14. Pada menyatakan elok perangai dengan segala perangai yang baik
15. Pada menyatakan pemerintah berlemah lembut kepada rakyat
Harga: RM 3.10
Kitab Anuwan Alfalah
Inilah kitab yang bernama Anuan Al Falah karangan al Alim al Alamak al Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al Fatani pada ilmu tauhid dan Ilmu feqah dan adat perangai yang elok dan ilmu pergaulan diantara isi kandungannya
1. muqadimah pada kelebihan ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya
2. Pada menyatakan bab Taharah
3. Pada menyatakan Bab Solat
4. Pada menyatakan Bab Zakat
5. Pada menyatakan Bab Puasa
6. Pada menyatakan Bab Haji dan Umrah
7. Pada menyatakan Bab Sembelihan dan makanan
8. Pada menyatakan Bab Bersumpah dan nazar
9. Pada menyatakan Bab Kira Bicara
10. Pada menyatakan Bab Membahagi Pusaka
11. Pada menyatakan Bab Bicara Nikah
12. Pada menyatakan Bab Segala Dosa besar serta Dera nya (siksaannya)
13. Pada menyatakan Bab Beberapa Kebajikan
14. Pada menyatakan Katamah Pada menyatakan berperangai dengan segala perangai yang baik
Harga: RM 3.10
Subscribe to:
Posts (Atom)