Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Sunday, 24 June 2012

Kitab Al Yawakit Wal Jawahir

Kitab al-Yawaqit Wal Jawahir pada menyatakan siksa segala orang yang berbuat dosa yang besar daripada kesusahanya kesakitannya pada hari qiamat dan lainnya ini adalah versi terjemahan jawi lama yang telah diterjemahkan daripada kitab asal berbahasa arab oleh Al-Imam Al-'Allamah Asy-Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani Ash-Shufi qaddasallahu sirrahu dan diterjemahkan kepada bahasa jawi lama oleh Al-'Alim Asy-Syeikh Muhammad Ali Ibn Abdur Rasyid Bin Abdullah Al-Jawi Al-Qadhi As-Sumbawi rahimahullah taala. Kitab jawi ini sudah berusia 190 tahun. Ia diselesaikan pada hari isnin selepas asar 18 Zulkaedah 1243H.






Keterangan Buku :
Kitab karangan Al-Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh Al-Alim Al-Syeikh Muhammad Ali Ibnu Abdul Rasyid bin Abdullah Al-jawi AI-Qadi al-Sumbawi.
Kitab ini pada asalnya ditulis dalam tulisan jawi dan telah digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama, dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
Di antara isi kandungan kitab ini adalah menyatakan tentang betapa seksanya orang yang melakukan dosa besar dan akan berhadapan dengan kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat kelak serta bagaimana gambaran syurga dan sekalian orang yang berada di dalamnya. Dan di dalamnya mengandungi dua belas bab:
Pertama: Seksaan orang yang men inggalkan. seillbabyang.
Kedua: Seksaan orang yang derhaka bagi ibu dan bapanya.
Ketiga: Seksaan orang yang minum arak dan tuak.
Keempat: Seksaan orang yang berzina.
Kelima: Seksaan orang yang liwat.
Keenam: Seksaan orang yang makan riba.
Ketujuh: Seksaan orang yang meratap.
Kelapan: Seksaan orang yang tiada mengeluarkan zakat hartanya.
Kesembilan: Seksaan orang yang membunuh orang yang Islam dengan tiada sebenarnya.
Kesepuluh: Hak isteri aras Suaminya dan hak suami atas isterinya.
Kesebelas: Kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat.
Kedua belas: Sifat syurga dan orang yang di dalam syurga.
Semoga kitab ini mendatangkan manfaat buat para pembaca dan penuntut ilmu yang minat mendalami ilmu melalui kitab-kitab seperti ini.

Harga RM 3.20 (jawi)
           RM 10.00 (rumi)

6 comments:

  1. Terima kasih tuan atas paparan tentang kitab dalam entri ini. Banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan atas paparan tentang kitab dalam entri ini. Banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. Syukran...��

    ReplyDelete
  4. Versi indonesia /terjemahannya ada gak?

    ReplyDelete
  5. تهنيئه اتس ڤڠنلن کتاب اين هيڠݢ ساي برمينت
    .فصل کتاب يڠ ترسوهور دان ڤاتوت ساڠت دتلعه

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete