Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Sunday, 24 June 2012

Kitab Zahratul Murid

Ini risalah yang latifah yang bernama Zahratul Murid Fi Iktikad Al-Tauhid pada bicara ilmu usulluddin atas mazhab ahli sunah wal-jamaah dan pada awalnya satu mukadimah pada bicara kelebihan ilmu dan ulamak dan pada akhirnya satu khatimah pada menyatakan rahsia dan kelebihan kalimah La Ilaha Ilallah karangan bagi al-alim al-fadhil al- kamil al-ustaz al-amil sheikhkuna al-Syeikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman bin Abdul Ghafur Kutan al-Kelantani (Tok Wan Ali Kutan). Kitab ini siap dikarang pada hari Jumaat pukul empat petang di Padang Arafah ketika wukuf tahun 1310 H


Bab Khatimah
Ketahui oleh mu bahawasanya kalimah Lailahailallah Muhammadur Rasulullah itu sangat besr kelebihannya sekira ,emglengkapi ia akan segala akidal al iman yang wjib atas mukalaf mengetahui akandia daripada segala yang wajib dan mustahil dan yang jais bagi Allah taala dan bagi segala rasul as sertsedikit hurufnya. Maka hurufnya 24 huruf dan malam dan siang pun 24 jam maka tiap2 satu hufuf daripadanaya mengkifarah akan dosa satu jam dan adalah segala hurufnya hufiah yakni dibangsakan kepada berangka isyarat bahawasanya sayugia bagi orang yang mendatangkan dengan dia dengan ikhlas hati.

Harga RM 2.00

Kitab Al Yawakit Wal Jawahir

Kitab al-Yawaqit Wal Jawahir pada menyatakan siksa segala orang yang berbuat dosa yang besar daripada kesusahanya kesakitannya pada hari qiamat dan lainnya ini adalah versi terjemahan jawi lama yang telah diterjemahkan daripada kitab asal berbahasa arab oleh Al-Imam Al-'Allamah Asy-Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani Ash-Shufi qaddasallahu sirrahu dan diterjemahkan kepada bahasa jawi lama oleh Al-'Alim Asy-Syeikh Muhammad Ali Ibn Abdur Rasyid Bin Abdullah Al-Jawi Al-Qadhi As-Sumbawi rahimahullah taala. Kitab jawi ini sudah berusia 190 tahun. Ia diselesaikan pada hari isnin selepas asar 18 Zulkaedah 1243H.






Keterangan Buku :
Kitab karangan Al-Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh Al-Alim Al-Syeikh Muhammad Ali Ibnu Abdul Rasyid bin Abdullah Al-jawi AI-Qadi al-Sumbawi.
Kitab ini pada asalnya ditulis dalam tulisan jawi dan telah digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama, dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
Di antara isi kandungan kitab ini adalah menyatakan tentang betapa seksanya orang yang melakukan dosa besar dan akan berhadapan dengan kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat kelak serta bagaimana gambaran syurga dan sekalian orang yang berada di dalamnya. Dan di dalamnya mengandungi dua belas bab:
Pertama: Seksaan orang yang men inggalkan. seillbabyang.
Kedua: Seksaan orang yang derhaka bagi ibu dan bapanya.
Ketiga: Seksaan orang yang minum arak dan tuak.
Keempat: Seksaan orang yang berzina.
Kelima: Seksaan orang yang liwat.
Keenam: Seksaan orang yang makan riba.
Ketujuh: Seksaan orang yang meratap.
Kelapan: Seksaan orang yang tiada mengeluarkan zakat hartanya.
Kesembilan: Seksaan orang yang membunuh orang yang Islam dengan tiada sebenarnya.
Kesepuluh: Hak isteri aras Suaminya dan hak suami atas isterinya.
Kesebelas: Kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat.
Kedua belas: Sifat syurga dan orang yang di dalam syurga.
Semoga kitab ini mendatangkan manfaat buat para pembaca dan penuntut ilmu yang minat mendalami ilmu melalui kitab-kitab seperti ini.

Harga RM 3.20 (jawi)
           RM 10.00 (rumi)

Sunday, 17 June 2012

Kitab Pedoman Sembahyang Berjemaah

Karangan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman pondok bunut payung Pasir Mas Kelantan.

Mukadimah Kitab: Adapun kemudian daripada itu maka takala melihat hamba akan setengah saudara-saudara hamba yang menunaikan sembahyang berjemaah pada setengah-setengah tempat hal keadaan meninggal mereka itu akan adab-adab baginya maka bergerak fikiran hamba akan menuliskan satu risalah yang menyata ia akan setengah adab-adab yang tertentu baginya supaya dapat kelebihannya bagi mereka itu dan terpelihara daripada batal sembahyang mereka itu sekira-kira mengamati-mengamati mereka itu dan hamba susunkan didalamnya tiga fasal dan satu khatamah dan akan Allah Taala jua hamba pohonkan bahawa memberi manafaat ia dengan ini risalah bagi hamba sendiri dan bagi sekelian pembacanya dan bahawa menjadi ia akan dia ikhlas semata-mata menuntut keredhaanNya kerana bahawasanya ia sangat kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Harga RM 3.80

Kitab Idohul Bad

Membicara tentang perihal nikah kahwin. Karangan Sheikh Daud Al-Patani

Harga RM 3.00

Kitab Sapinatun Naja

Harga RM 3.00

Kitab Kifayatul Qulam

Terkandung di dalamnya tiga kitab berasingan
Kifayat al Ghulam
Ini kitab yang memadai bagi budak yang baharu belajar pada menyatakan rukun Islam yang lima dan syarat sahnya karangan maulana al Sheikh Ismail Minang Kabau

Al Buyu'
Kitab pada menyatakan hukum berniaga sah dan batal Islam

Al Faraid
Kitab pada menyatakan hukum membahagikan harta peninggalan orang mati karangan Sheikh Abdul Rauf Al Fansuri
Harga RM 2.20

Thursday, 7 June 2012

Kitab Usul Tauhid

Karangan Hussin Nasir bin Muhammad Taib Al ma'sudi al Banjari (Tuan Husain Kedah)
Di dalam kitab ini beliau menulis suatu tajuk "Jalan kepada Allah" beliau berkata "ketahui oleh mu bahawasanya segala jalan yang menyampaikan kepada Allah Taala iaitu segala jenis ibadat dan taat dan khabar yang datang akan dia oleh rasuldaripada Allah Taala yang terkandung sekaliannya di dalam Quran dan Hadis Nabi SAW dan iaitulah agama Allah Taala siratnya dan sabitnya dan talinya yang disuruh kita berjalan dengan dia dan berpegang dengan dia dan yang disuruh akan kita dengan minta tunjuk akan dia  dengan firmannya yang bermaksud Tunjuki oleh Mu akan kami akan jalan yang betul ertinya ugama yang sebenar.. berpegang oleh sekalian kamu dengan tali Allah ertinya ugama Allah yang padahal sekaliannya dan jangan bercerai-cerai sekalian kamu dengan berpegang kepada ugama yang lain daripada ugamaNya iaitu segala ugama syaitan dan kufur dan bidaah dan sesat (m.s 48-49)"



Harga RM3.00 (jawi) RM12 (rumi)