Harga RM5.50 (Rumi)
Pengarang : Alim Al-Allamah Al-Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al-Fathani
Alih Tulisan Jawi ke Rumi: Ust. Nozrine Abu
Muka Surat: 50
Keterangan Buku :
Buku ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular di kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama di pondok-pondok, di surau-surau, di masjid-masjid dan juga di pejabat-pejabat.
Buku ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular di kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama di pondok-pondok, di surau-surau, di masjid-masjid dan juga di pejabat-pejabat.
Syarah Bakurah Al-Amani ialah sebuah kitab yang menghuraikan bab Tauhid iaitu tentang sifat-sifat Allah. Untuk mempelajari kitab sebaiknya ia dipelajari secara talaqqi bersama guru yang murabbi demi mendapat kemanisan dan keberkatan ilmunya.
Teks asal kitab ini ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi. sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah berusaha menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan rumi tanpa sebarang pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka mengikuti setiap patah perkataaan yang terdapat di dalam teks asal. Semoga kita bersama-sama mengecapi kemanisan ilmu yang diwariskan ulama terdahulu.