Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Wednesday 22 April 2015

Kitab Cahaya Abadi

Harga RM50
Keterangan Buku :

Sebuah rentetan sejarah seluruh kehidupan Rasulullah S.A.W dari saat kelahiran hinggalah Baginda wafat, selama lebih enam dekad. Seememangnya, tempoh perjuangan dalam menegakkan agama Allah dari peringkat awal sehingga akhir hayatnya penuh dengan segala macam ranjau dan rintangan, kekacauan, keringat dan air mata, ujian, perturnpahan darah serta konflik. Mengalami pelbagai ujian kecil atau besar, sebaik sahaja Baginda ditauliahkan sebagai Rasul atau lebih tepat ketika Baginda mula menerima wahyu pertama. Bertitik tolak dari peristiwa itu, bermulalah risalah dan utusan suci diterjemahkan kepada kegiatan dakwah yang diilhamkan Allah S.W.T disampaikan kepada sekumpulan kecil individu dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat di Kota Mekah. Di situlah cahaya dan hidayah Islam mula bertapak lantas terpancar dengan cara yang paling sederhana. Sedikit demi sedikit sinaran cahaya abadi terpancar ke seluruh bumi Arab dan wilayah sekitarnya. Diterima rarnai dan menolak segala amalan jahiliyah yang masih menebal di kalangan masyarakat Arab.
Penulisnya, Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri seorang sarjana Islam yang berjaya meraih kemenangan cemerlang dalam satu pertandingan antarabangsa, melalui tulisan mengenai riwayat hidup Rasulullah S.A.W. Beliau memulakan tulisan dengan pendekatan geografi di muka bumi tandus lagi gersang, perkembangan pra-sejarah yang primitif hingga ke zaman dakwah Nabi Ibrahim. Terkandung unsur-unsur antropologi bila membicarakon asal-usul bangsa Arab yang diwarnai pergolakan politik dalam merebut kuasa. Pada mulanya antara kabilah dan berakhir apabila muncul beberapa kerajoan, bermula dengan kerajaan berdaulat Yaman.
Beliau amat teliti ketika membuat penyelidikan dan penafsiran apabila melihat kepada sumber fakta termasuk hadis dan Al-Qur'an, tidak dinafikan konsep persejarahan yang disokong oleh beberapa ayat Al-Qur'an hampir menyamai Asbabul-Nuzul, merupakan satu percubaan yang terpuji. Sementara terjemahan dalam Bahasa Melayu mengundang pembaca untuk memahaminya dalam bahasa yang paling mudah sekalipun terdapat di sana sini konsep penghayatan iman, takwa dan aqidah yang boleh dianggap agak berat.
Tajuk asalnya "AR-RAHEEQ AL-MAKTUM" membawa makna "Minuman Dari Khamar Murni" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffihin ayat ke-25. Tetapi dalam Bahasa Melayu diterjemahkan secara mudah dengan nama "CAHAYA YANG ABADI”. Dengan keyakinan bahawa Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia oleh Rasulullah S.A.W menepati konsep kandungan kitab bahawa Islam adalah cahaya yang sentiasa bersinar serta kekal abadi.