Kazanah Ilmu yang hampir tidak dipelajari oleh generasi masa kini. Ditambah dengan penggunaan tulisan jawi lama menambahkan lagi kemalasan untuk membaca dan mempelajarinya. Namun percayalah saudara ku bahawa berbagai ilmu yang sangat halus penjelasannya terdapat didalam kitab-kitab tersebut. Gali lah ilmu yang makin ditinggalkan oleh generasi akan datang.

Pustaka Kitab Lama beroperasi di SEREMBAN
ONLINE SAHAJA Tel: 06-6794293, 013-2372864 (Whatapps, Telegram, Facebook)


Maybank: 105122072445,

BSN: 05115-41-00008604-1

CIMB: 7615328124


Saturday 24 March 2012

Kitab Al-Misbah Al-Munir

Kitab Al Misbah Al Munir ini disusun akan dia oleh Abdul Aziz bin Ismail Al Fatani yang bermukim di kampung Paloh Bunit Payung Kota Bharu Kelantan pada menyatakan ugama dan memperkenal akan dia kemudian menyata pula akan segala rukun2 Islam dan rukun Iman dan Ihsan kemudia menghuraikan segala hukum syarak dan hukum adat dan hukum akal dan ilmu Usulludin mengikut aturan ahli sunah dengan huraian yang terang yang sangat mudah memahami akan dia lagi mudah bicara dan sederhana ibaratnya dan cakapannya serta mendatangkan pula dalil2 yang nakli dan akli. Antara Huraian2 yang terkandung dalam kitab ini:
1. Huraian pada pengenalan Agama
2. Huraian pada menyatakan hukum syarak
3. Huraian pada menyatakan hukum adat
4. Huraian pada menyatakan hukum akal
5. Huraian pada menyatakan ilmu Usulludin
Huraian yang seterusnya pada menyatakan sifat 20
Lihat sinopsis

Harga RM 3.10

Saturday 17 March 2012

Kitab Muhimmah





Terkandung didalamnya:

1. Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.
Antara kandungannya:

- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya
- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya
- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin
- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman
- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya
- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"
- (Faedah)
- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)
2. Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'izd Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan (Mengandungi 50 Pengajaran) yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As- Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

Harga RM2.60 (Jawi)
Harga RM15.00 (Rumi)

Thursday 15 March 2012

Kitab Anak Kunci Syurga


Harga RM3.60 (JAWI)
Harga RM11. (RUMI)

Kitab Hidayatul Salikin

Harga RM4.00

Download kuliah yang disampaikan oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Kitab Tajul Urus

Harga RM3.20

Kitab Senjata Tok Haji & Tok Lebai

Harga RM 3.10

Kitab Penawar Bagi Hati



Harga: RM3.60 (Jawi)
Harga: RM 14.00 (Rumi)

Download kuliah Kitab Penawar Bagi Hati oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Kitab Kifayatul Muhtaj

Pada Menyatakan Bicara Isra’ Dan Mi’raj
Bagi Nabi Shohibut Taaj saw
Waala Aalihi Wasohbihi
Maadamati Annujuumi
Fil Abrooj

Antara Cerita Dari Kitab

Kanak-kanak  yang boleh berkata2 semasa kecil
Kanak-kanak  yang boleh berkata2 semasa kecil didalam bumi ini ada sepuluh orang:
1.     Nabi Muhammad (Nabi saw itu tatkala keluar dari perut ibunya bersin ia maka mengucap ia Alhamdulillah maka menyahut segala Malaikat dengan katanya Yarhamukallah (Dan) pada satu riwayat awal perkataan Nabi tatkala keluarnya itu ( Allaahuakbar kabirau walhamdulillaahi katsiirau wasubhaanallaahi bukratau waashiila )
2.     Nabi Yahya (Nabi Yahya bahwa ia menaik saksi bagi Nabi Isa padahal umurnya setahun dan sebulan dengan katanya (Asyhaduannaka Abdullah Warasuuluhu))
3.     Nabi Isa (Nabi Isa seperti yang tersebut didalam Qur’an tatkala keluar daripada perut ibunya kemudian daripada saat hawa dengan katanya: ( Inni Abdullah Anaanil Kitaabi Waj’alnii Nabiiya )
4.     Nabi Ibrahim Alhalil (Nabi Ibrahim tatkala keluar ia dari pada perut ibunya bangun berdiri ia atas dua kakinya berkata ia: (Laailaahaillallah Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Lillaahil Ladzii Hadaana)
5.     Siti Maryam (Siti Maryam itu seperti yang tersebut dalam Qur’an dengan katanya menjawab bagi pertanyaan Nabi Zakaria dengan katanya: dari mana buah kayu yang bukan musimnya ? maka jawab Siti Maryam padahal umurnya tengah dua tahun)
6.     Kanak-kanak yang melepaskan bagi Juraij (yang melepaskan Juraij tatkala dituduh orang akan berzina dan anak ini ia empunya anak, maka bertanya Juraij itu akan kanak-kanak itu maka sahut ia aku anak sianu gembala kambing)
7.     Kanak-kanak yang menaik saksi bagi Yusuf ( Syahid Yusuf itu seperti yang tersebut didalam Qur’an dengan firmannya ( ) hingga akhir ayat )
8.     kanak-kanak pada Ukhdud (Thifla ukhdud itu adalah seorang raja yang zalim ia menyala-nyalakan api didalam lubang yang besar memasukkan segala manusia yang tiada mengikut agamanya kafir itu kedalam api itu, maka ada satu perempuan ada baginya anak yang kecil umurnya tujuh bulan padahal benci ia akan dijatuhkan kedalam api itu, maka berkata anak itu: Hai ibuku jangan engkau terkejut maka bahwasanya engkau atas jalan yang betul)
9.     Anak pada Masyithah pada zaman Firaun ( anak Masyithah itu telah terdahulu sebutnya )
10.  Mubarak pada zaman Nabi yang Hadi Muhammad saw (Mubarak itu yaitu bahwasanya satu perempuan datang kepada Nabi saw dengan satu anaknya yang kecil maka mengambil Nabi ia akan anaknya didudukkan pada ribanya maka bersabda Nabi saw dengan sabdanya: Hai ghulam siapa aku ini maka sembah ghulam itu dengan katanya engkaulah Rasulullah yang sebenarnya maka dapat kemenangan bagi mereka yang mengikut akan dikau dan binasa bagi mereka yang menyalahi akan dikau, maka dinamakan dia anak itu Mubarak Yamamah Wallaahu a’lam bissadaad)

Tuan tuan boleh lihat terjemahannya disini

Harga RM2.00 (Jawi)
            RM 9.00 (Rumi)

Kitab Syarah Usul Tahqiq

Harga RM2.80

Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq “ Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhabarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.




“Bismillah hirrahmanirrahim”

Dengan tolong Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.

” Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta’ala, Tuhan seru oleh sekelian alam “
” Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah Ta’ala “
” Dan Rahmat Allah Ta’ala dan Salam Allah Ta’ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul “

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Kitab Hidayatul Mutafakiri

Ini kitab dan punggutan yang dinamakan dia  dengan Hidayatul Mutafakiri (Pertunjuk kepada orang yang berfikir) fi tahkik makrifat Rabbul alamin iaitu punggutan seorang fakir yang mempunyai beberapa jenayah dan taksir Hussin Nasir bin Muhammad Taib Al ma'sudi al Banjari (Tuan Husain Kedah)

 Harga RM2.50

Kitab Perisai Bagi Sekalian Makalaf

Harga RM5.00 (Jawi)
Harga RM22.00 (Rumi)

Pengarang : Syeikh Abdul Qadir B.Abdul Muthalib Al-Indunesia Al-Mandili
Alibahasa Dari Tulisan Jawi ke Tulisan Rumi : Noraine Abu
Muka Surat: 188
Keterangan Buku : Persoalan 'aqidah merupakan hal yang sangat utama bagi setiap orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah 'Azza wa Jalla. Oleh kerana itulah kami berusaha menghadirkan salah sebuah kitab rujukan 'aqidah, yakin; `AQIDAH THAHAWIYYAH.
Judul kitab ini diambil dari nama penulisnya, iaitu; Ath-Thahawi. Nama lengkapnya Ahmad bin Muhammad bin Salamah Al-Azdi AL-Mishri Abu Ja'far Ath-Thahawi Al-Hanafi (239-321 Hijrah). Kitab ini sudah cukup tua, dan terus-menerus diwarisi dari generasi ke generasi hingga kini. Kitab mula disyarahkan oleh Ibnu Abi Al-'Izz Al-Hanafi (731-7792 Hijrah), hinggalah kepada Syeikh kita sekarang ini.
Kitab ini menjadi rujukan pembahasan 'aqidah shahihah di seluruh negeri-negeri di Timur Tengah khususnya dan, negeri-negeri Islam pada umumnya, baik dipusat-pusat pengajian tinggi atau dimajlis-majlis ilmuah. Kitab ini sudah cukup terkenal dari lisan ke lisan, dari pertuturan para ahlul 'ilmi 'aqidah. Kiranya tidak keterlaluan, boleh kita katakan bahawa sekiranya kita ingin membahas mengenai 'aqidah kita tidak boleh menyampingkan kitab Ath-Thahawiyyah ini sebagai rujukan kita utama kita.

Kitab Perkenan

Harga RM2.00

















Inilah kitab yang bernama "Perkenan" karangan bagi alʼÂlim Alâmah Mufti Jamaluddin ibn al-Marhum al ʼÂlim al Fâdil Syaik Muhammad Arsyad Mufti Banjar. Allah SWT mengampuni mereka berdua dan juga seluruh orang Muslim Yang terkandung didalamnya beberapa bab Antaranya kasih kepada malaikat kKitab dan nabi itu daripada syarat iman Dan pada menyatakan hukum air najis yang dimaafkan Dan segala najis serta menghilang akan dia dan pada menyatakan akan hukum qada hajat dan iditinjau dan pada menyatakan barang yang wajib mandi dan fardu mandi dan sunat mandi dan makruh dan haram pada orang yang hadas kecil dan pada menyatakan syarat mengambil air sembahyang dan sunat dan makruh dan pada menyatakan segala syarat sah sembahyang dan pada menyatakan kalimat sembahyang dan yang membatalkan sembahyang dan yang makruh dan pada menyatakan sembahyang sunat dan pada menyatakan syarat puasa dan mengharuskan berbuka dan puasa sunat dan pada menyatakan segala yang berkaitan dengan jenazah

Kitab Takribul Ikhwan

Harga RM3.10

Kitab Irsadul Ibad

Harga RM2.00 (Jawi) RM8.00 (rumi)

Thursday 8 March 2012

Kitab Sulam Mubtadie

Pada bicara Usulluddin atas jalan ahli sunnah waljamaah dan hukum fekah. Karangan Sheikh Daud Abdullah Alfatani.

Harga RM2.00


Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab kecil yang diberi nama Sullam al-Mubtadi Fi Makrifah Tariqah al-Muhtadi iaitu Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar iaitu karangan Al-Alim Al-'Allamah Amin Al-Khair Al-Fahamah Maulana Wa Qudwatuna AI-Syeikh Daud Bin Al-Marhum Al-Syeikh Abdullah A1-Fathani.
Kitab ini membicarakan tentang ilmu Usuliddin atas jalan ahli Sunnah wa al-Jama'ah dan juga berkenaan hukum Fiqah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, maka sebuah kitab besar akan ...diterbitkan iaitu syarah bagi kitab ini yang diberi nama kitab Kifayah al-Muhtadi iaitu karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani
Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama.
Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan asalnya. Kitab ini amat digalakkan kepada pembaca supaya mempelajarinya melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok supaya ilmu yang kita perolehi lebih mantap dan diberkati.
Bab 1: Pada menyatakan Iktikad
Bab 1: Pada menyatakan Solat
Bab 1: Pada menyatakan Zakat
Bab 1: Pada menyatakan Puasa
Bab 1: Pada menyatakan Haji dan Umrah
Bab 1: Pada menyatakan Qurban, akikah dan sembelih
Bab 1: Pada menyatakan Jual beli
Dan sebagainya....
Harga: RM 2.00 (jawi)
RM 18.00 (rumi)

Kitab Tuhfatul Gharibin

Kitab yang membicarakan hakikat Iman orang mukmin dan pasal yang menyatakan barang yang membinasakan Imam

Harga RM3.00

Kitab Sirajul Huda

Harga RM2.20(Jawi)
Harga RM 14.00 (Rumi)

Pengarang : Alim Al-Allamah Al-Syeikh Iman Bahjah Di Al-Islam
Alih Tulisan Jawi ke Rumi
Muka Surat: 207
Keterangan Buku :
Kitab Sirajul Huda adalah kitab lama atau kitab kuning yang membicarakan bab asas ilmu tauhid. Kitab ini disyarahkan di majlis-majlis ilmu di masjid, surau atau di institusi pengajian agarna khususnya, pengajian pondok. Kitab ini dianggap sebagai rujukan asas permulaan dan pertengahan pengajian ilmu tauhid.
Untuk memberikan ruang kepada pencinta ilmu tetapi kurang mahir dalam tulisan Jawi, maka kitab ini telah dialih tulisan kepada tulisan Rumi. Pengalihan tulisan ini tidak mengubah teks asal kitab tersebut. Namun begitu disertakan nota kaki berdasarkan penerangan dan syarah kitab ini yang telah diikuti oleh pengalihan Tulisan Ustazah Noraine Abu di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Salleh bin Musa di Pondok Ar-Rahmaniah Sik, Kedah.
Semoga dengan usaha ini akan menyubur dan menyebar luaskan lagi ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh ulama-ulama terdahulu. Dan kita sama-sama meraih keredhaan dan sentiasa limpahi dengan cahaya hidayah Allah S.W.T.

Kitab Risalah Tauhid


Harga RM3.10 (Jawi) RM10 (rumi)
Keterangan Buku :
Semua Rasul diturunkan Allah S.W.T untuk membawa agama tauhid, yakni membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia agar mengetahui dirinya dan Tuhannya.
Tauhid yang disusun dan digubal oleh ulama Ahlul-sunnah seperti lmran Hasan al-Asy'ari dan Imam Maturidi telah lama diikuti oleh umat Islam di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Bertolak dari sini, adalah sangat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang Tauhid Ahlul-Sunnah menerusi dalil-dalil Aqli dan NaqIi (Al-Quran & AI-Sunnah). Buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami Tauhid menerusi peranan akal, kewujudan alam dan sifat-sifat Allah S.W.T samada yang Wajib, Mustahil dan Jaiz.
Justeru itu, bagi menguatkan lagi akidah sehingga mampu menolak fahaman-fahaman tauhid yang sesat dan menyesatkan, para pembaca dinasihatkan menghayati teori dan methodologi tauhid menerusi fahaman Ahlul-Sunnah; di antaranya dengan membaca buku ini.

Wednesday 7 March 2012

Kitab Wishah Afrah

Kitab karangan Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al Patani. Kitab yang membicarakan rukun Iman dan rukun Islam dan beberapa hadis yang menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang dan segala hukum bersuci dan istijak dan mengambil wuduk dan mandi wajib dan mandi haid dan nifas dan segala mandi yang sunat dan hukum tayamum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah dan menghilangkan najis dan menyatakan segala syarat sah sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jamak dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya  (sinopsisnya) dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayit dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi SAW dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan berberapa faedah yang amat besar kelebihannya.

Harga RM3.50

Monday 5 March 2012

Kitab Muftahul Jannah

Dibahagikan kepada empat kitab. Membicarakan pada ilmu usuludin karangan yang alim lagi pahdil Muhammad Taib ibni Mas'ud Al Baqari (datuk kepada Tuan Hussain Kedah) dan yang kedua kitab Usulul Tahkid pada ilmu usuludin juga karangan alim lagi kamil lagi warak tiada disebut namanya dia takut riak. Dan kitab yang ketiga kitab Mauizatu Lilnas pada menyatakan kaifiat sembahyang dan segala rukunnya karangan orang sufi tiada menyatakan dirinya kerana warak tawaduk dan kitab yang keempat kitab Tajuwid Al Quran.

Harga RM2.20

Kitab Minyatul Musoli


Harga RM3.00 (Jawi)
Harga RM10.00 (Rumi)

Pengarang : Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani
Pengalihan Tulisan Jawi ke Roman: Naraine Abu
Muka Surat: 139

Keterangan Buku : Bahawasanya solat lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian rukun lslam Yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah. Dan tempatnya daripada agama seperti besar kepala daripada tubuh, maka seperti bahawasanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya, maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada solat baginya. Demikianlah telah datang pada beberapa hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Telah menjadikan kami Allah Subhanahu wa Ta'ala dan akan kamu daripada orang yang memelihara rakan atas solat yang lima waktu dan orang yang mukmin bagi solat yakni dan memeliharakan dia, lagi orang yang khusyuk padanya yakni tetap hatinya dan anggotanya di dalam solat, lagi yang mengekalkan atas solat yakni tiap-tiap sudah solat, dia bercita- cita hendak mengerjakan solat yang keduanya, demikianlah selama lamanya.

Maka dengan demikian itulah menyuruh Allah Subhanahu wa Ta'ala akan segala hambaNya yang mukmin di dalam kitabNya dan dengan dia memperikan sifat mereka itu, maka firmanNya: Peliharakan oleh kamu, hai orang yang mukminin atas solat yang lima waktu dan peliharakan solat Wustha dan berdiri kamu bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala mengerjakan kamu akan taat.

Kitab Hidayatul Sobyan


Karangan Hussin Nasir bin Muhammad Taib Al ma'sudi al Banjari (Tuan Husain Kedah)

Harga RM 2.00 (Jawi)
Harga RM 12.00 (Rumi)

Pengarang : Abu Abdullah Husain Nashir B.Muhammad Thaib Al-Mas’udi Al-Banjari
Alibahasa Tulisan Jawi ke Rumi: Noaraine Abu
Muka Surat: 188
Keterangan Buku : Hidayatush-Sibyan adalah merupakan sebuah kitab lama yang banyak diajar di pondok-pondok bagi mereka yang baru memasuki alam pondok. Dan ianya banyak membicarakan masalah i'ktiqad dan ibadat bagi golongan yang baru mengenal apa itu Islam dan Iman, yang juga membicarakan tentang cara mengambil wudhu', sembahyang dan segala rukunnya, puasa zakat dan juga haji `umrah secara ringkas.
Dan ianya adalah merupakan himpunan-himpunan daripada kalam ulama'yang terpercaya bagi maksud untuk memberi faham secara ringkas dan jelas apa itu Islam dan Iman dan segala `ibadat yang lain. Dan semoga ianya dapat memberi manfa'at bagi mereka di dunia dan di akhirat.
Dan kitab ini telah selesai penulisannya oleh pengarang pada hari Isnin, 18hb. Muharram 1330 Hijrah bersamaan 08hb. Januari 1912 Masihi.

Kitab Dakaikul Ahbar

Harga RM2.20


Bermula bab yang ke l5 pada menyatakan keluar roh dari badan. Dan tesebut didalam hadis, apabila jatuh seseorang hamba Allah didalam naza' dihabiskan lidahnya dan masuk atasnya empat daripada malaikat maka berkata yang pertama " assalamualaikum, aku yang diwakilkan dengan rezeki engkau, aku tuntut pada bumi di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada dapat aku daripada rezeki engkau walau satu suap.


Kemudian masuk malaikat yang kedua maka berkata ia "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan minum engkau dripada air dan lainnya, telah aku cari akan dia di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada aku dapat bagi engkau suatu minuman, telah hamper sangat matinya"


Kemudian masuk malaikat ke tiga  berkata ia "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan nafas  engkau, telah aku tuntut akan dia di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada aku dapat suatu nafas daripada nafas engkau"


Kemudian masuk malaikat yang keempat maka berkata ia "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan ajal engkau,  telah aku tuntut akan dia di masyrib (timur) dan maghrib (barat), maka tiada aku dapat bagi engkau satu jam pun"


Kemudian masuk atasnya malaikat Kiramul Katibin daripada kanan dan kirinya maka berkata yang sebelah kanan, "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan dengan hasanat engkau, maka mengeluarkan satu surat yang putih melintang akandia atasnya maka berkata ia " lihat oleh mu kepada segala amal mu" maka tak kala demikian itu suka lah ia.


Dan berkata yang sebelah kiri, "assalamualaikum, dan aku yang diwakilkan atas kejahatan engkau, maka dikeluarkan satu surat yang hitam melintang akandia atasnya maka berkata ia " lihat oleh mu kepadanya" maka tak kala itu mengalir peluhnya.


Kemudian melihat dia kanan dan kiri kerana takut daripada membaca akan surat itu, maka malaikat itu memegang dan melemparan kebantal. Kemudian masuk mailkul maut dan daripada kananya malaikat rahmat dan dikirinya malaikat azab. Maka setengah mereka itu menarik roh itu sebagai tarikan, dan setengah mereka itu mencabut roh itu sebagai cabutan, dan setengah mereka itu membuka dan menghurai roh itu sebagai bukaan dan huraian, maka apabila sampai ke halkum mengambil mailkulmaut akan roh itu. Jika ia termasuk golongan orang bahagia malaikat rahmat memanggilnya, dan jika golongan celaka dipanggil malaikat azab    

Saturday 3 March 2012

Kitab Addarus Nafis

Harga RM2.00 (Jawi)
Harga RM14.00 (Rumi)

Pengarang : Maulana Al-Allamah Al-Fahhamah Ak-Mursyi Syeikh Muhammad Nafis Ibnu Idris Al-Banjari berasal dari Banjar Kalimantan Selatan
Alih Tulisan Jawi ke Rumi :  Ust. Nozrine Abu
Muka Surat: 149
Keterangan Buku :
Menuntut ilmu di Mekah dan Madinah. Ramai ulama nusantara lain yang seangkatan dengannya ketika menuntut di Mekah dan Madinah. Beliau kemudiannya mengabdikan diri dengan menyampaikan dakwah dan mengjarkan ilmu kepada para penduduk yang dahaga cahaya ilmu.
Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini merupakan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyaralikan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terliadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dati ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama.
Semoga dengan usaha ini kita sama-sama mendapat pencerahan ilmu yang sangat berharga yang telah dikongsikan oleh para ulama yang terdahulu. Selain itu dengan pencerahan ilmu itu lebih lunak hati dan jiwa untuk kita meraih keredhaan dan kebdaripada Allah S.W.T.



Friday 2 March 2012

Kitab Bidayatul Muhtadie

Harga RM2.00

Kitab Pelita Penuntut


Kitab Pelita Penuntut Terjemah Daripada Kitab Arab karangan Al-‘Allamah Asy-Syeikh Az-Zarnuji oleh Perhamba Yang Faqir IlallahMuhammad Syafi’i ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Ahmad Rangkul Langgih Fatoni. Kitab yang membicarakan hakikat ilmu dan kelebihan ilmu fekak dan pada menyatakan kelebihan niat takkala menuntut ilmu dan pada kenyataan memilih ilmu dan pada bicara membesarkan ilmu dan pada bicara bersungguh dalam menuntut ilmu dan pada bicara memulai mengaji dan tawakal dalam menuntut ilmu dan waktu mencari ilmu dan bicara kasih sayang dan memberi nasihat kepada orang dan pada bicara jalan menuntuti paham ilmu serta pada bicara menjauhkan maksiat-maksiat anggota yang tujuh dan beberapa perkataan pada membicarakan maksiat hati

Harga RM2.20
(Jawi)
RM 15 (Rumi)


Keterangan Buku :
Kitab Ta'lim Al-Muta'aalllin ini amat penting bagi para pelajar pondok. lanya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adad dalam menuntut'ilmi. lanya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut 'llmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu’allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu:
Fasal 1: Hakikat'ilmu dan feqah dan kelebihannya.
Fasal 2: Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu.
Fasal 3: Memilikan'ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas'ilmu.
Fasal 4: Membesarkan'ilmu dan ahlinya.
Fasal 5: Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita.
Fasal 6: Permualaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya.
Fasal 7: Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan 'Azza wa Jalla.
Fasal 8: Waktu menghasilkaan 'ilmu dan menuntutinya.
Fasal 9: Kasih-sayang dan nasihat.
Fasal 10: Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya.
Fasal 11: Warak' pada ketika belajar'ilmu.
Fasal 12: Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa.
Fasal 13: Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur.
Dan bahagian dan akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Ma'siat-Ma'siat Hati".

Kitab Akidatun Najin

Harga RM4.50 (Jawi)
Harga RM22.00 (Rumi)

Kitab Aqidatun Najin karangan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Kitab yang membicarakan berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Antaranya yang membicarakan tentang enam martabat iman Iman yang terbit daripada taklid dan Iman yang tebit daripada Ilmu dan Iman yang terbit daripada Ayan (ainun-mata) dan Iman yang terbit daripada Hak dan Iman yang terbit daripada Hakikat dan Iman yang terbit daripada Hakikatul hakikat.

Pengarang :Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani
Pengalih Tulisan Jawi Ke Rumi : Ustazah Noraine Abu
Keterangan buku:
Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
  Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.





Kitab Bidayatul Hidayah

Inilah kitab yang bernama Bidayatul Hidayat (Permulaan Jalan Hidayat) syarah matanUmmu al-Barahin dengan bahasa melayu karangan al-alamah al-fadhil Tuan Syeikh Muhammad Zain ibni al-faqih Jalaludin yang adalah ia daripada bangsa Aceh

Harga RM2.50


Kitab Tanwirul Qulub

Kitab karangan Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin A'taillah Al Sakandari ra Kitab yang menerangkan bagi segala hati pada mengugurkan takbir yang jahat diterjemahkan ke bahasa melayu oleh Sheikh Osman bin Shahabudin Pontianak
Harga RM2.00

Kitab Tanbihul Ghafilin

i'lam ketahui olehmu hai ikhwan bahawasanya kitab ini Tanbihul Ghafilin (peringatan bagi orang yang lupa) jadi banyak manafaat bag orang awam lagi tersebut didalamnya dua belas bab semuanya sangat ajaib istimewa pula bab pada menyatakan hari kiamat (adapun) bermula kitab yang kedua yang dinamakan dia atas al mutaqin lillahi rabil a'lami banyak manafaat akan segala orang yang alim adalah didalamnya lima bab semuanya.

Bab 1: Pada menyatakan segala orang yang meninggalkan sembahyang
Bab 2: Pada menyatakan seksa orang yang derhaka kepada ibubapa
Bab 3: Pada menyatakan seksa orang yang minum arak
Bab 4: Pada menyatakan seksa orang yang berzina
Bab 5: Pada menyatakan seksa orang yang
Bab 6: Pada menyatakan seksa orang yang makan riba
Bab 7: Pada menyatakan seksa orang yang berbiji sabak (mengeluh) dan Pada menyatakan pahala bagi orang yang sabar atas bala
Bab 8: Pada menyatakan akan orang yang tiada memberikan zakat
Bab 9: Pada menyatakan seksa orang yang membunuh orang dengan tiada dibenar
Bab 10: Pada menyatakan hak perempuan atas suaminya dan orang yang memutuskan berkasih kasihan dengan keluarganya
Bab 11: Pada menyatakan hari kiamat
Bab 12: Pada menyatakan sifat syurga

Harga RM2.80